Monday, May 24, 2010

Lala Masak Masam Manis

Dah lama tak makan lala..Tetiba rasa teringin pula...Cuba resipi ni, not bad, tapi kat anak tekak ni rasa cam kurang boleh terima pula bila tadak rasa pedas...Len kali kalo nak masak lagi lala guna resipi ni, nak buh cili potong pula masa menumis, mesti best.....

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm Lala
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sb sos tomato
  • 4 sb sos cili
  • 2 cm halia (dicincang)
  • 2 btg serai (ketuk)
  • 1 sb tepung jagung (campur air)
  • 20 gm Daun bawang (dipotong 3cm)
  • 20 gm daun ketumbar (dicincang)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • Garam & gula secukup rasa

PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan
  2. Masukkan pula sos tomato dan sos cili.Kemudian masukkan serai, garam, gula dan dikacau sebati.
  3. Selepas itu, masukkan lala dan tutup.Biarkan Lala masak dan terbuka.
  4. Akhir sekali masukkan tomato, tepung jagung, daun bawang dan daun ketumbar.
  5. Perasakan dengan garam dan gula

6 comments:

Kamalia said...

salam sue..sedapnye..dah lm xmkn lala ni..ade je jmp kat supa,tpxde idea nk msk ape..ni sue dah bg ni,bole cubela..mekaceh..:)

Unknown said...

salam sue. kakchik suka, kakchik suka... sedapnya kalau dapat makan dengan nasi panas. fuh, berpeluh2.

Love2cook Malaysia said...

Hi Sue, hru doing???

Love tak pernah makan lala! heheh...;)

got some awards waiting for U at my space...check-it-out!

MamaFaMi said...

Salaam Sue...

Mama ni kan, tak pandai makan lala dan tak pandai masak lala. Pernahlah sekali dulu, beli sikit, nak test. Sebab tak pandai masak agaknya, terus jadi tak pandai makan! Hehehe...

Zaitun said...

Kalau kak Zai masak lala cuma taruh bawang putih,garam,gula,daun bawang /sup lepas tu bubuh air sedikit, ianya lebih manis.

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kamalia,
Dulu pun saya tak pandai nak masak ni, tapi kebetulan jumpa resipi kat buku/maz/internet...tu yang main cuba-cuba tuuu

Love,
cubalah...kalu kat anak tekak saya, memang sukeeee... tapi kena ada rasa pedas n bau serai....

Kak Chik,
iyalah...makan ngan nasi panas memang best..ratah pun best....

Mama...
ha ha ha ni pun resipi cuba-cuba gak ni....

Kak Zai....
Saya biasa kalo kerang buat cam gitu...ooopppssss Lala pun boleh juga yaaa? ada masa nanti harus cuba gak