Monday, May 17, 2010

Udang Goreng Oat

Dah Lama tingin nak cuba resipi ni...Baru kesempatan...Len kali nak cuba tukarkan oat ngan cornflakes pula...Mestla lagi ranguppppppp

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg udang
  • 1 s.teh air perahan lemon
  • 1/2 s.teh garam
  • 1/4 s.teh serbuk lada sulah

Bahan Pencelup (kacau rata)
  • 100 gm tepung gandum
  • 30 gm tepung jagung
  • 1/2 s.mkn serbuk bawang putih ~ Tadak stok, sue parut je bawang putih biasa
  • 1/2 garam
  • 1/4 s.teh serbuk lada sulah
  • 1/2 s.teh serbuk penaik
  • 200 ml air sejuk
  • 1/2 s.teh serbuk lada putih

Bahan Pelapis (kacau rata)
  • 300 gm tepung gandum
  • 150 gm oat
  • 1/2 s.mkn serbuk paprika
  • 1 s.teh garam
Pelengkap
  • 50 gm sos cili Thai

PENYEDIAANYA
  1. Lumur sosong dengan air perahan lemon, garam dan serbuk lada sulah.Perapkan selama 15 min
  2. Celupkan ke bahan pencelup.Guling-gulingkan ke dalam campuran tepung sambil diangkat-angkat
  3. Goreng terendam di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan kering.Jgn terlalu lama, nanti isi udang menjadi keras...
  4. Angkat dan toskan..Hidang bersama sos cili Thai....

2 comments:

izahdaut said...

assalamualaikum k.sue/..wah banyak tu bebahanya tu..sah sahla sedap yee..tumpang tengok je la..ni la jadi bila bos beso kat umah takleh makan udang..huhu

Sue @ Nenie said...

Opppsss...alaaaa.....ciannya..takpe, jom kita makan kat sini