Friday, November 26, 2010

Masala Udang Ketumbar

Lagi resipi dari buku Masakan Santapan Lauk Pauk Tradisi Pak Ungku....

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg udang
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandan
  • 500 ml air
  • 300 ml susu cair
  • 2 biji limau nipis
  • 100 ml minyak masak
  • 2 camca besar minyak sapi
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inch halia
  • 5 tangkai cili kering
  • *2 biji tomato

Bahan tumisan
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • **3 sb serbuk kari daging
  • **2 sb serbuk kurma (** Dibancuh menjadi pes)

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi.Tumis bahan kisar, bahan tumisan (kecuali bahan * & **), daun pandan dan daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan puri tomato(bahan *) dan pes kari&kurma (bahan **)..Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula susu cair, jus limau nipis dan air secukupnya.
  4. Apabila sudah mendidih, bolehlah masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula.Kacau sebati sehingga udang masak.
  5. Masak sehingga kuahnya sedikit pekat.Sedia dihidang
Pssssttt kat gambar buku resipi tu adalah berkuah siket...Tapi versiku ini terlebih kering pulaaaa...Hu hu hu..Apa-apa pun rasanya tetap nyum-nyum (Kat piawaian anak tekak nilah)...

2 comments:

moklong said...

nampk pun dh sedap blum rasa pun dh tau. hehehe...

Sue @ Nenie said...

nyum nyum nyum sedappp...terasa rempah ratusnya....Cuma versi sini terkering sikettttt...