Monday, December 13, 2010

Chiffon Cheesecake

Salam Rinduuu....Lamanya tak dapat jenguk-jenguk sini...Ni dah lama buat...Resipi dari blog Kak Wan...Memang puas hatilah dan tak rugi mencubanya....Tapi versi ni dah di adjust siket, buh choc..Asalnya nak wat lorek-lorek kat atas tu jee, tapi tenggelam pula dia...Apa-apa pun ia tetap sedapppp....

Thanks Kak Wan sudi share resipi ni dan macam biasalah minta halal, nak kopipes sini pula untuk rujukan dimasa hadapan....

BAHAN-BAHAN

Bahan A
  • 60ml susu cair
  • 40gm keju krim
  • 25gm mentega

Bahan B
  • 65gm tepung gandum
  • 4 biji kuning telur (dipukul sedikit)

Bahan C
  • 4 biji putih telur
  • 100gm gula kaster
  • 1/8 tsp garam halus
  • 1/8 tsp krim of tartar

Walaupun resipi asal tak nyatakan cara bakarnya, tapi disebabkan kek ni ada cream cheese, jadi saya prefer cara water bath...


PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175C.
  2. Satukan bahan A dan masak secara double boiler hingga sebati dan pekat.
  3. Angkat dan masukkan bahan B dan gaul hingga sebati, whisk hingga licin dan tidak berketul. Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pukul bahan C hingga kembang dan kental. Masukkan ke dalam No. (3) dan kaup balikkan hingga sebati.
  5. Tuang dalam loyang 9" (tidak perlu dialas/dileser minyak). Bakar pada suhu 175C selama 35-40 minit. Keluarkan kek dari oven dan telengkupkan di atas redai. Biarkan sejuk.

4 comments:

UmMi 3A/TintaCyber said...

salam sue.nak tanya ..cara bakar biasa2 je ke, atau kena guna kaedah water bath?...

mummyseri said...

Salam, bestlah kek ni..kite nak cubalah nnt;)..terpikat ni..

moklong said...

rasa mcm skrng gaks nk g beli bahan2. mcm x ssh nak mbuatnya. yg penting nmpk sedap.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Tinta..

Emmm.. Kat resipi asal tak pula dinyatakan cara bakar, tapi disebabkan ia ada cream cheese, jadi Sue prefer bakar cara water bath...

Kak Seri,
Sedap kek ni, lembut dan gebusss jeeee....

Moklong,
Cubalah...Sedap dan kosnya pun tak tinggi sangat...