Monday, November 15, 2010

Rendang Daging Istana

Kali kedua buat, ikut resipi asal daging rebus dahulu, kemudian baru hiris nipis-nipis...Tapi Sue malas, jadinya potong siap-siap dan main campak je dalam bahan tumisan...

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kg daging batang pinang (Dihiris nipis)
  • 1 keping asam gelugur
  • 500 ml santan
  • 2 sb kerisik
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam & gula secukupnya

Bahan kisar
  • 1 inch kunyit hidup
  • 1 inch lengkuas
  • 1 inch halia
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 sb lada hitam
  • 7 tangkai cili padi (boleh adjust ikut kepedasan yang diingini)
  • 3 batang serai

Bahan tumisan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 sb cili boh
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan bersama bahan kisar sehingga pecah minyak/cili masak.
  2. Kemudian masukkan daging.Kacau sehingga kesemuanya mesra.
  3. Masukkan air panas secukupnya untuk mengempukkan daging.(Guna air panas adalah salah satu petua untuk elakkan daging jadi liat..)
  4. Bila daging sudah empuk, masukkan asam gelugur, santan dan daun kunyit.
  5. Masak sehingga pekat dan perasakan dengan garam dan gula...
  6. Sedia untuk dihidang

3 comments:

izahdaut said...

wahh..dah merendang ni... boleh try resepi ni nampaknyaaa..sedap tuu

Ina said...

erkkk... udah terasa bahang nk raya bila tlihat rendang ini....

Sue @ Nenie said...

Salam...

kih kih kih tak sabar-sabar nak beraya ni....Kak izah n moklong, cubalah..insyaAllah kena selera...