Tuesday, November 16, 2010

Sardine Goreng Tumis Pedas

Kadang kala asyik makannnn lauk berat-berat je..Sesekali bila tiba time malas...Sardine jugaaaaaa yang di cari


BAHAN-BAHAN
  • 1 tin besar sardine (400 gm)
  • 2 labu bawang besar (potong bulat)
  • 4 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb cili boh
  • 1 sb cuka (Sue gantikan ngan 1/2 sk asam jawa)
  • Garam dan gula secukupnya

PENYEDIAANNYA

  1. Asingkan ikan sardine dan sosnya
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sardine sehingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
  3. Kurang kan minyak, tumis cili boh sehingga garing.
  4. Masukkan bahan blend dan tumis beberapa minit lagi.
  5. Masukkan sos tomato yang telah dibancuh ngan 1/2 cawan air, sos sardine, garan & gula dan ais asam jawa.
  6. Kacau sebati, masukkan bawang besar potong dan kacau rata.
  7. Masukkan ikan sardine goreng satu persatu dan balik-balikkan.Tunggu sehingga kuahnya sedikit pekat dan sedia di hidang.

No comments: