Wednesday, December 29, 2010

Ayam Masak Padang



Salam dan selamat petang buat sume yang sudi bersinggah sini..Hari ni hidangan bese-bese jeeee....Simple tapi tidah kurang sedapnya...keh keh keh..cam ada berbau masuk bakullll je ni.....Apa-apa pun bagi Sue lah, ni antara resipi alternative yang boleh disediakan dikala kemalasan melanda..tak banyak kerenahnya....

Resipi asal dari buku 1 hari 1 resipi hasil air tangan Kak Hanieliza...Dan cam biasa, tanpa segan silunya kita kopipes kat sini....Kak Liza, minta halal yaaaaa...


BAHAN-BAHAN

Bahan-A
  • 1 ekor ayam (dibuang kulit dan potong kecil)
  • 5 helai daun limau purut (Dicincang halus) ~ Sue main koyak-koyak jeeee
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sb minyak masak
  • Garam & Gula secukup rasa
Bahan-B (Dikisar)
  • 10 biji cili api
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 inch halia
  • 3 inch lengkuas
  • 2 inch kunyit
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-B juga serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan kacau sehingga rempah mesra.
  3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato dan asam gelugur.
  4. Biarkan masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak.
  5. Sedia dihidang