Tuesday, January 11, 2011

Ayam Goreng Oat

Salam..Ayam lagiiiii...Tapi kali ni versi tarak kuah...Main Goreng-goreng jeeee..Tapi nyum nyum nyum..Sedapppppp...

Thanks Kak Hana sudi share resipinya...Dan nak tampal sini pula..Minta halal yaaaaa...


BAHAN-BAHAN
  • 6-8 ketul drumstick @ bhgn lain
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sk serbuk kunyit
  • lada sulah/serbuk cili
  • garam
  • 2 sudu besar tepung beras@ tepung gandum
  • 1/2 biji telur
Untuk Saduran
  • Oat secukupnya

PENYEDIAANNYA

  1. Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul.
  2. Golek2an ayam tadi ke dalam oat dan goreng hingga garing dan masak.
  3. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran atau enak juga dimakan begitu sahaja.
Sebelom terjun koli

No comments: