Friday, February 4, 2011

Bening Bersantan

Sayur yang simple tapi Sue sukeeeee

BAHAN-BAHAN
  • 1/4 biji kobis sederhana besar (dipotong kecil)
  • segenggam tauge
  • Sedikit ikan bilis
  • Seketul tauhu (dipotong)
  • Santan secukupnya untuk kuah
  • 3 ulas bawang merah ~dimayang
  • 2 ulas bawang putih ~dimayang
  • Garam secukupnya
  • 1 tangkai cili merah (dipotong 4 tanpa putus) ~Optional
PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam periuk, masukkan santan, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih.
  2. Masak ngan api perlahan sambil dikacau sentiasa (supaya tidak pecah minyak) sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih masukkan tauhu, tauge, kubis dan cili merah.Perasakan ngan garam.
  4. Kacau lagi sehingga mendidih sekali lagi.Sedia dihidang...

No comments: