Friday, February 4, 2011

Ayam Masak Bali

Salam..Ayam Masak Bali versi tak hitam-hitam..keh keh keh..May be kicap pekat tu Sue buh siket sangat kotttt..Bukan apa, kicap pekat yang beli ari tu, rasa dia pahit siketttt...tak leh buh banyak-banyak...Takpelah, walau pun rupa dia tak cantik, tapi rasa dia tetap ada ummpppp...

Takpelah, nanti-nantilah cari kicap brand lain...Brand Tamin ke, Ok gak....

Resipi Ayam Masak Bali ni ambik kat sini....Dan cam biasa mesti nak kopipes sini pula...SallySalina, minta halal yaaaaa.....

BAHAN-BAHAN
  • Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
  • 3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
  • Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
  • 8 biji bawang merah,
  • Ayam (sedap guna bahagian dada)
  • 2 biji bawang putih
  • daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
  • kicap
  • minyak untuk menumis
  • Cili kering/ Cili Bo (saya guna cili bo jer senang)
  • asam keping
  • serbuk kunyit

PENYEDIAANNYA
  1. blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo)
  2. Setelah dilblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.
  4. Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
  5. kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak@ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.
  6. Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.
  7. Biasanya ayam bali ni sedap dimakan bersama nasi impit dan sayur lodeh.

3 comments:

HomeKreation said...

Salam Sue. Sedap nya lauk ni, macam rendang kunyit pun ada gak... ni dah nak tengahari, sedap kalau dapat sepiring....hehe

Nieza said...

sedap ni saya pun dh pernah msk dah cicah roti pun sodap!:)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak,
Yup ayam ni ada iras-iras rasa rendang jugaaaa...sedappppp

Nieza,
Emm..len kali boleh cuba gakkss cicah ngan roti