Thursday, February 3, 2011

Cekodok Sayur & Sosej

Ada lebihan sayur (kacang panjang&kubis) nasi kerabu semalam..Sebab dah dicicang halus, tak tau nak buat apa..Jadi dengan rasa tak moh membazir, buat cekodok ni dan tambah sosej & filamen crab untuk bangkitkan rasa

BAHAN-BAHAN
  • 5 sb tepung gandum
  • 1 sb self raising flour
  • 1 labu bawang merah (dimayang)
  • 2 batang sosej (Dicincang)
  • 3 batang filamen crab (Dipotong bulat)
  • Sayur secukupnya
  • Air secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air dan garam ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga mendapat kepekatan adunan yang secukupnya.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.Sambil itu panaskan minyak untuk goreng terendam.
  4. Goreng cekodok seperti biasa sehingga kekuningan..
  5. Sedia dihidang bersama sos dan mayonis kegemaran...

2 comments:

Nieza said...

sedap ni cicah lak sos lingam memang best...haha saya kat sini sos lingam jer yg ada pun.

Sue @ Nenie said...

Salam...

Yupp..sedapkan cicah ngan sos..Kalo suka tambah mayonis lagi tambah rasa lemak-lemaknya