Wednesday, February 2, 2011

Daging Goreng Garam Kunyit

Salam...Haaaaa..Ni lauk sampingan yang Sue buat untuk nasi kerabu perantau itewww..Daging Goreng Garam Kunyit..Simple jeeee....

Resipi cedok kat dapur Syana73....Thanks untuk resipi ni dan Sue kopipes kat sini juga..Minta Halal yaaaaa.........

BAHAN-BAHAN
  • 200-300gm daging mentah
  • serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
  • minyak masak
  • bawang merah 2-3 biji dimayam
  • bawang putih 1 biji dimayam
  • bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
  • lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
  • optional: kacang panjang yg telah dipotong atau kicap manis cap kipas udang
PENYEDIAANNYA
  1. hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal)
  2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
  3. panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'
  4. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
  5. apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing
**variasi lauk ini #1: tambah kacang panjang yg dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. ada org masukkan carrot, bunga kobis ataupun kobis

**variasi lauk ini #2: sebelum selesai menggoreng, masukkan kicap manis cap kipas udang dan gaul rata. variasi ini menjadikan lauk ini menjadi daging goreng kicap

3 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Ini memang kesukaan Kak. Kadang-kadang makan kering begitu aje. Memang sedap dan dah lama tak buat.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..

Iyalah..dolu-dolu kalau Mak masak ni, makan ngan nasi putih pun sedappppp

mela said...

uihh..sedap nih..mudah dan lazattt..