Thursday, February 10, 2011

Sayur Goreng Soo Hoon Pedas

Salam..Haaaa...ni sayur yang Sue gandingkan ngan Kerutup Udang tuuu...Walau pun namanya pedas, tapi Sue punya versi tak pedas, buh sebiji cili jee buat rasa-rasa...Kalo pedas nanti anak-anak tak makan pula..


Rujuk resipi ni kat dapur KakBesah di MYR..Kak..Salin kat sini pula yaaaaa.....Minta halal...

BAHAN-BAHAN
  • 7 bj bawang besar
  • 5 bj bawang putih -dihiris
  • semangkuk udang basah @ hirisan isi ayam
  • 15 bj cili api kampung - dihiris
  • semangkuk kecik hirisan kasar kobis
  • sebatang carrot - dihiris
  • 7 batang kacang panjang - dihiris serong
  • 1/2 cekak suhun direndam dgn air panas hingga lembut.(dgn air biasa bleh gak,tp mkn jam la baru lembut
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan sesenduk minyak, tumis bawang2 hingga wangi, masukkn udang, kacau rata. kemudian masukkan cili api.
  2. Bila dah naik aroma cili tu, masukkn 1/2 cawan air, carrot & kacang.
  3. Akhir skali masukkn kobis & suhun yg dah di tos kan.Gaul rata2 supaya suhun terlerai,sambil tu bubuh garam & gula secukup rasa.
  4. Bila masak kesemua sayur2an boleh la di angkat.

No comments: