Friday, February 11, 2011

Apam Mentega

Salam dan selamat pagi..Hari ni sarapan apa...? Haaaa kalau belom sarapan lagi, jom kita sama-sama ngap apam mentega yang sungguh gebussss ni...

Resipi ni Sue ambik dari sini, dapur KakFiza dan gantung pula kat dapur sini..Sue buat separuh adunan je then sukatan untuk gula pun Sue dah kurangkan ikut citarasa sini....

BAHAN-BAHAN

Bahan-A (untuk gula hangus)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air panas
  • 100 gm mentega
Bahan-B
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum ayak bersama
  • 1 sudu teh soda bikarbonate
  • 1/2 tin (200ml) susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk gula hangus:- Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api dan masukkan air panas.Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.
  3. Untuk Apam:- Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu diselang selikan dengan tepung. Gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang.Tuangkan adunan ke dalam acuan.Adunan ni jika dituang penuh ke dalam acuan pun x mengapa sebab semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.Selamat mencuba.......

5 comments:

Ayu said...

Assalam, sue
wah dah ramai yang buat apam mentega ni..gebusssnya..cantik dan comel!!

Love2cook Malaysia said...

Yup, agree with Kak Ayu...the apam looks super gebus, cantik and cute! :D

Pass me someeeee! Tukar ngan sicilian orange cake..hehe

Sizuka said...

Sue,

today akak pun buat recipe yg sama, apam gula hangus. :)

Nazrah said...

hmmm..salam kita wat apam gak..tapi apam pelangi..
nampak cantik sedap apam tu...

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Ayu,
itulah..dah ramai yang cuba...tuu yang tergoda tuuuuu..memang sedap dan berbaloi cuba resipi ni

Love,
Jom kita tukar-tukaran..

Kak Sizuka,
Haaaa...ni pun adik beradik apam gula hangus kannnn..wangiiiii...

Kak Nazrah,
Eh..Apam pelangi...cantik tuuuu....boleh mintak sepotong niii