Saturday, February 12, 2011

Paprik Ayam

Salam...Hari ni kita layan lauk 2 in 1 je yaaaaa....Pasal tuan rumah rasa sangatttttlah malas...Lagi pun lauk ni memang sedap..Lama dah tak buatnya...Sesekali bila rasa teringin apa salah nya melayan selera kannnn....

Resipi asal ambik dari MYR hasil sumbangan MakYong..Emmm memang berbaloilah cuba resipi ni..Memang senang dan yang penting sedappppp...Dan cam biasalah, mesti nak panjangkan kat sini pula untuk rujukan sendiri atau sesiapa sajalah yang bersinggah sini..Jomm kita layaannnnn resipinya dulu....

BAHAN-BAHAN
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air.
  4. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  5. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato.
  6. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

No comments: