Tuesday, April 5, 2011

Apam Karamel Tanpa Telur

Salam..Selamat pagiii...Dah sarapan..Klu belom jom kita jamu mata ngan apam karamel ni....Kopipes resipi dari MYR

Tapi struktur apam yang Sue buat ni sedikit padat dan tak ringan cam selalu

BAHAN-BAHAN
  • 150 g gula pasir (Sue buh 100gm jee)
  • 250 ml air
  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder*
  • 1/2 sk bicarbonate of soda*
  • 75 g gula halus(kurangkan jika tak makan dgn kelapa putih)
  • 2 sb susu sejat
  • 2 sb mentega cair
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit minyak masak untuk mengoles acuan lompang
  • kelapa parut putih dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan.

PENYEDIAANNYA

  1. Sediakan gula hangus dgn menggoreng gula pasir hingga kecoklatan dan tuang air sedikit2 hingga cair.Sejukkan.
  2. Ayak bahan2 bertanda* ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan gula halus.Tuangkan air gula hangus sedikit2 dan kacau rata.Masukkan susu,esen dan mentega cair dan kacau lagi hingga sebati dan tak berbintil2.
  3. Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan sebentar.Tuang adunan 1/3 penuh acuan lompang.Kukus selama 10-12 min.Angkat dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus.

4 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam wah ada pam lee pasti wangi baunya dan sdp..

Sue @ Nenie said...

salam Sheila, emmm rasanya not bad cuma struktuk apam ni agak berat siket...xsurelah samada ia memang begitu atau saya yang kurang mahir mengadunnya...

Nieza said...

Assalam Sue sama umur rupanya kita yer..hmmm sedap nengok apam karamel tu sue...bagus tak ada telur tu nanti nk cubalah..:)

Sue @ Nenie said...

Waalaikumsalam...
Ha ha ha ha..iyalah, boleh masak ni time takde telur