Saturday, April 23, 2011

Apam Pisang Coklat


Salam...Entry sebelom nak balik..Ha ha ha ha ha...So tak sempatlah nak bebel panjang-panjang...Pasal kite pun dah nak chow ni....So selamat jamu mata yaaaaaaa.....

Sarapan pagi tadi...Apam Pisang Coklat yang sangat lembut dan gebussss..Rasa dia pun just nice..Nak buat pun senang, main godeh-godeh guna whisk jeeee...

Thanks buat Kak Nazrah sudi panjangkan resipi ni kat dapurnya...
BAHAN-BAHAN

Bahan-A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • secubit garam halus
Bahan-B
  • 1 cawan pisang masak dilenyek
  • 1 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 biji telur ( dipukul sedikit )

PENYEDIAANNYA
  1. Campurkan bahan-bahan A dan ayak bersama. Ketepikan.
  2. Pukul sedikit telur, tambahkan dengan bahan-bahan B yang lain. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
  4. Panaskan kukusan. Masukkan adunan apam tadi ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 10 hingga 15 minit.

7 comments:

Sizuka said...

Sue,

I love apam!! but my girls tak suka makan apam.. huhuhu.. kalau i buat, i makan sendiri la nampaknya.

cik cek said...

Wow!...gebunya apam tu...tergoda menggoda....amik resepila dulu...buat tak tau bila...:-)

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Kak ros nak sebiji,nak minum dgn teh tampa gula..mesti sedap.

izahdaut said...

mmg sedap ni...
apam ni mmg lembut..tapi kalau banyak lagi pisang lagi sedap kan kan

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Apam pisang ni memang sedap...ada lagi ker...

Sue @ Nenie said...

Salam..

Sisuka, xpe, xpe..len kali klu nak mengapam, kol Sue nanti berdezuppp sampai sana...

Cik Cek,
Memang gebussss...sedap..tak rugi membuatnya..

Kak Ros,
Ambik lebih pun takpe..wahhhh teh tanpa gula panas-panas..memang sedapppp

Sue @ Nenie said...

Kak Izah..
Betul-betul-betul..kalo pisangnya ditambah lagi...mesti lagi sedapppp...Baru boleh lawan ngan rasa coklat tu..

Kak Nazrah,
Ada gambo..Ha ha ha..jgn mareee, gurau je..apa-apa hal pun thanks sudi panjangkan resipi ni..berbaloi-baloi hasilnya...