Friday, April 22, 2011

Gulai Udang Serai

Salam....Kembali bersiaran di petang hari...Ha ha ha..Dah 3 hari berturut-turut yaaa duk jamu mata ngan ayam, so hari ni kita ubah selera ngan udang pula...

Penyediaannya pun agak simple....Tapi hasilnya memang bestttttt....Sumber rujukan juga dari koleksi buku masakan dalam simpanan Sue...Tapi sebab malas nak edit, Sue salin bulat-bulat jeee dari resipi asal....

BAHAN-BAHAN
  • ½ kg udang sederhana besar
  • 3 ulas bawang merah (Dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (Dimayang)
  • 2 batang serai (Dititik)
  • 250 ml air
  • 1 keping asam gelugur
  • 250 ml santan pekat
  • 1 tangkai cili merah (Dibelah dua)
  • 1 helai daun kunyit (Disiat-siat)
  • Garam secukup rasa
Bahan Rempah
  • ½ sb pes cili
  • ½ sk serbuk kunyit
PENYEDIAANNYA
  1. Buang janggut dan kaki udang.Lumurkan dengan garam dan bilas ngan air.toskan.
  2. Masukkan udang, bahan rempah, hirisan bawang merah & putih, serai dan air ke dalam periuk.Kacau rata-rata
  3. Tambahkan asam gelugur dan didihkan di atas api sederhana sehingga udang bertukar warna.
  4. Masukkan separuh santan, kacau dan kecilkan api.Biarkan merenih seketika.
  5. tambahkan potongan cili dan daun kunyit
  6. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan baki santan.Kacau biar rata.
  7. Kecilkan api dan biarkan merenih selama beberapa minit sambil terus mengacau.Padamkan api dan hidangkan.
Note : Gulai hendaklah selalu dicedok dan dituang semula dari dan ke bahagian tengah dengan menggunakan senduk.Cara ini dapat mengelakkan santan daripada pecah minyak.Jika pecah minyak, tambah sedikit lagi santan dan garam dan terus ulangi proses cedok dan tuang ini

4 comments:

Chik Mimi said...

sue kena dengan sambal belacan ni pergh pecah diet akak

Kak Rosaliza said...

assalam nenie...mmg sedap ni ada aroma serai tu

cik cek said...

Sedapnya lauk ni...makan panas2 ngan nasi putih emmm...boleh betambah2 makan ni....

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Mimi..
Fuhhh memang berpeluh tuuuu

Kak Rosaliza,
Klu lauk pauk asal buh je serai mesti wangi kan

Cik Cek,
Boleh siap hirup kuah lagi tuuu