Wednesday, April 13, 2011

Kek Pisang Sempoi

Selamat Petang, jommmm minum petang...

Resipi dari Kak Sofinar
, pernah buat dulu tapi versi kapkek...Ni versi loyang pula, dan tiada sebarang penderhakaan di sini....

BAHAN-BAHAN
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing (Sue buh 100gm jeee)
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
PENYEDIAANNYA
  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

3 comments:

Chik Mimi said...

menu kita serupaaaa ,hehehh akak buat dalam pan yg kak ros belikan

Unknown said...

wahh sedapnya kek pisang lama dh tak buat kek pisang teringin la pula...:)

Sue @ Nenie said...

Salam,

Chik Mimi,
Alamak ada orang orang buat perasmian lahhhh...mesti wanginyaa lebih siket....

Nieza,
Kalau buat kek pisang mesti nak wat resipi ni pasal mudah, main campak then putar sekali gusssss....Ha ha ha ha alasan orang malasssss....Janji sedap kannnnnnn