Monday, April 25, 2011

Kuih Keladi (O~Kueh)

Salam hari Isnin.....Ha ha ha ha dua hari ya duk ngadap apam pisang tu..Oklah..Oklah..Hari ni kita tukar resipi baru....Dah makan pisang kita makan keladi pula yaaaaa.....

Resipi ni ambik dari Lydia@SkyBlue kat MYR..Memang sedap dan kena citarasa...Dan adunan yang diberikan saya follow je 100%, ......Pssstt dah lama sebenarnya cari resipi ni...Kalau sebelum ni selalu guna santan, tapi yang ni just air biasa je..Tapi rasa lemak-lemak dia memang bangkitlah....Tak keras dan tak lembut..ngam-ngam cam kat 'Nyonya colour'~Ha ha ha dah angkat bakul ni.....

So cam biasalah....Dah buat kuihnya, nak pula simpan tampal resipinya kat sini...Minta izin yaaa Kak Lydia

BAHAN-BAHAN
  • 300g Keladi, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 50g Udang kering, direndam dlm air dan toskan
  • 5 biji bawang kecil, dimayang
  • 2 sb minyak masak
  • 1 biji cili merah (optional)
  • Daun sup / ketumbar (optional)

Untuk Bancuhan
  • 170g tepung beras
  • 40g tepung ubi (tapioca)
  • 500ml air
  • 1 sk garam
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1/4 sk serbuk 5-spices (boleh lebih sikit jika suka)
  • 1/2 sk serbuk stok ayam

PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras. Keluarkan dan diketepikan.
  3. Masukkan bawang kecil kedalam kuali yang sama, jika perlu, tambah sedikit minyak. Goreng bawang kecil sehingga garing.
  4. Keluarkan bawang bersama separuh minyak dan tinggalkan sedikit minyak didalam kuali. Bawang tadi di letak dlm mangkuk kecil berasingan.
  5. Masukkan udang kering ke dalam kuali, goreng sehingga perang. Masukkan bancuhan (1) sambil kacau.
  6. Masukkan keladi tadi ke dalam kuali, kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.
  7. Keluarkan (6) dari kuali dan masukkan ke dalam acuan dan rata-ratakan permukaan. Stim selama 30-40 minutes.
  8. Biar sejuk sedikit sebelum dihidangkan degan cili, bawang dan daun sup.
Note: - Boleh dihidangkan pada suhu bilik atau panas2. - Potong 1" tebal, salut degan sedikit tepung gandum dan goreng degan sedikit minyak sehingga garing... sedap dimakan dgn sambal.

Tak taw nak wat sos@sambalnya...So minta tolong Kilang Cambell je lah sediakannya..ngeeeeee

4 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

sue yam kek sedap tu...kak memang suka yam kek and yam basket.

Nazrah said...

Dah lama saya cari resepi ni..memang kesukaan saya ...selalu beli ..mesti sedap kan

ijan said...

Salam Kak Sue,
Sedap nya nampak kuih keladi tu. Tak pernah try lagi keladi makan mcm ni... asik dengan gulai je lah kalau di kampung atau talam je lah :)

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Ros,
Saya pun suke kuih ni, selalu pun beli jeee...

Kak Nazrah,
Samelah kiteee

Kak Ijan,
Sesekali ubah talam kepada yam cake sedap gak...