Thursday, April 28, 2011

Sambal Petai & Terung

Salam....Kembali lagi ngan menu tumis2 tapi versi sayur pula..Pun hidangan 2~3 hari lepas..

Kat resipi asal, terung tu dibakar, tapi Sue rasa macam tak kena selera sedikit keras..Len kali nak celurlah..Baru best nyantap isi terung yang lembik-lembik bersama sambal petai...Fuhhhh memang bertambah nasi... (Pssttttt..minggu ni xsempat nak lepak lama2 kat sini, bz siket ada drawing submittion....bye bye bye)

BAHAN-BAHAN
  • 30 ml minyak masak
  • 3 sb pes cili kering
  • 5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • Garam & gula secukup rasa
  • 3 cm belacan (Bakar & tumbuk)
  • 30 g asam jawa (campur 100ml air)
  • 80 gm petai
  • 50 gm bilis (Digoreng)
  • 2 biji terung panjang (Dibelah 2 & di celur)
  • 1 sb bawang goreng (untuk hiasan)
PENYEDIAANNYA
  1. Panas minyak masak di dalam kuali.Tumis pes cili dan bawang merah yang ditumbuk sehingga wangi
  2. Masukkan garam, gula, belacan dan air asam jawa.Biarkan mendidih kemudian masukkan petai.
  3. Apabila kuah pekat, masukkan bilis goreng dan kacau rata.Tutup api.
  4. Curahkan sambal petai ke atas terung yang telah dicelur.
  5. Hias dengan bawang goreng.Hidang panas2 bersama nasi.

3 comments:

norlie said...

akak ni malas..hnya di goreng je terung tu..

Deliah's Deli said...

sedap sgt nih!my fav..:p~

*happy mother's day sue! :)

Sue @ Nenie said...

Salam..

Hai Kak Norlie, he he he ni versi rajin skt, kalau time malas saya pun main kacau goreng jeeee

Kak Del, Happy Mothers day toooo....