Monday, May 9, 2011

Sambal Tumis Telur

Salam..Seminggu bercoti dan masih dalam mood tumis-tumis sambal...Masakan paling rajin malas untuk seorang aku tapi palingggggg aku sukeeeee...Tapi yang tak sukenya, aku akan buh sambal tu seminima yang mungkin dalam pinggan nasi aku...

Ha ha ha....Dan kes macam ini yang buat Hubby aku paling tensen utk beli nasi lemak utk aku pasal aku akan pesan..."Sambal asing yaaaaa" dan kalau dia menderhaka ngan arahan itu, nasi lemak tu mesti aku makan sesuku jeeee atau senang cerita bahagian yang tak kena sambal jeeee.......Ha ha ha ha ha...

Kalau sebelom ni aku buat sambal ikan aye. pahtu sambal terung..Kali ni sambal telur pula....Jangan ada yang jemu dah lah yaaaaa........

BAHAN-BAHAN
  • 4 biji telur (Direbus, kupas dan goreng sehingga kekuningan)
  • Garam secukupnya
  • 1 labu bawang (Dipotong bulat2)
Untuk Sambal
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (Dipotong & rendam air panas sehingga lembut) ~Kuantiti boleh tambah/kurang ikut kepedasan masing2
  • Sedikit ikan bilis
  • Secubit belacan
  • 2 sudu minyak masak ~Petua untuk hancurkan biji cili semasa blend...
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan blend sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan telur dan bawang yang di potong bulat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya...Dan kadang2 Sue tambah kicap manis juga dalam tumisan ni....
  4. Sedia dihidang...
Ha ha ha ha ha .... Mudah kan..mudah kan....

No comments: