Friday, July 29, 2011

Muffin Pisang

Salam pagi Jumaat penghulu segala hari....29 July 2011..Dah sampai ke penghujung bulan Julai dan tinggal beberapa hari lagi kita semua umat Islam yang cukup syarat diwajibkan menjalani ibadah puasa....Semoga kita semua sama-sama mengambil peluang di bulan penuh keberkatan yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi...

Sempena kedatangan bulan yang mulia itu Sue nak mengambil kesempatan mengucapkan SALAM RAMADHAN dan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA & MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH.....

Ok kita berbalik pada menu kita pagi ni...Muffin Pisang hasil skodeng kat rumah Mas...Memang puas hati ngan hasilnya cuma muffin Sue ni rasanya sedikit manis walau pun hanya menggunakan 3/4 cwn gula sahaja...May be pisang Sue tu terlampau manis kottttt....Tapi inilah masalah Sue setiap kali wat apa-apa saja yang berasaskan pisang tak kira muffin ke, kek ke, apam ke mahu pun cekodok, mesti tak pandai nak agak kuantiti gulanya....

Apa-apa pun kita ucapkan terima kasih buat Kak Ros yang sudi share resipi ni dan Kak Izah yang memanjangkannya (Psssstttttt..Akak, Sue kopipes yaaaa tips-tips tu buat ingatan n rujukan dimasa akan datang) juga tidak lupa buat Mas yang telah menggugat keinginanku untuk mencubanya....

BAHAN-BAHAN
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/3 cwn gula *izah guna 3/4 cwn (Sue pun)
  • 2 biji pisang ranum *izah guna 3/4 cwn (Sue pun)
  • ½ cwn minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1/3 cwn susu segar
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1½ sk baking powder
  • Beberapa titik esen vanila
  • Beberapa ketul coklat dairy milk *Mas tal letak (Sue pun)
PENYEDIAANNYA
  1. Hancurkan pisang dan masukkan ½ sk garam
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder & soda bikarbonat.
  3. Pukul telur sehingga berbuih kemudian barulah masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang.
  4. Kemudian masukkan pisang dan kacau sebati menggunakan spatula.
  5. Kemudian masukkan minyak dan tepung sedikit demi sedikit..Titikkan beberapa titis esen vanila dan diikuti susu segar.Kacau lagi menggunakan spatula..Jangan guna mixer yaaaa...
  6. Cedokkan adunan tadi ke dalam papercup muffin (isikan 3/4 sahaja) dan letakkan coklat ditengahnya
  7. Bakar pada suhu 170C selama 18~20 min.Sejukkan di atas redai dan tabur sedikit sugar powder.Sedia dihidang

Tips dari Izahdaut : Sepanjang saya mencube pelbagai jenis muffin ni boleh la saya sharekan sikit pengalamannya.
  1. Secara umumnya muffin adalah salah satu jenis cupcake. Cupcake ni lagi luas dan merangkumi pelbagai jenis, contoh medeleines pun adalah sejenis cupcake dan mooncakes pun dikatakan dikategorikan di bawah cupcakes. Asalkan ianya berbentuk kek yang dimasak didalam mould kecil, ianya adalah cupcakes.
  2. Cara pembikinan membuatkan kita lebih mudah membezakan cc dengan muffin. CC dibuat dengan pelbagai teknik.
  3. Antaranya teknik cream mixture - iaitu menggebukan gula dan butter seterusnya telur.
  4. teknik all in 1 mixture - masukkan semua bahan dan gebukan.
  5. teknik whisked mixture - iaitu dengan wisk kan dulu telur, gula dan kemudian bahan2 lain.
  6. teknik muffin - iaitu mengasingkan bahan kering dan bahan basah kemudian campurkan keduanya.
  7. Jadi secara khususnya membuat muffin adalah sangat mudah. Iaitu mengasingkan bahan kering dan basah. Kemudian tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul.
  8. Satu perkara penting untuk mendapatkan muffin yang fluffy gebu dan lembut ialah jangan OVERMIX bahan basah dengan kering. Gaul sekadar sahaja. Biarkan jika adunan nampak tak licin dan adunan nampak berketul2.
  9. Cara saya mudah, saya pastikan bahan2 kering betul2 digaul rata. Kemudian bahan2 basah seperti telur, mentega cair, susu segar, pisang, yogurt dsb digaul sebati. Kemudian curah ke dalam bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Gaul kurang lebih 1 minit aje. Jangan overmix!
  10. Untuk mendapatkan muffin membukit naik, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Tapi awas tidak semua jenis muffin akan naik membumbung, Ada juge jenis muffin yang akan melimpah ruah. Lain jenis muffin dan adunan, lain result yang dapat. Sebab itulah saya suke mencube pelbagai jenis muffin. Jika dalam resepi ada menyebut sudukan hanya 1/2 adunan bermakna mungkin muffin jenis yang agak cair adunanya.
  11. Satu faktor lain membumbung naik atau tidak muffin ini, adalah jenis adunanya. Berdasarkan pengalaman cetek saya membuat muffin ni, jika adunan sedikit pekat, saya suke letakkan adunan agak penuh ke dalam muffin cup. Nanti hasilnya muffin akan naik membumbung cantik. Sebab permukaan muffin mudah kering dan akan membuatkan muffin tidak melimpah.
  12. Muffin yang adunan nya agak cair , mungkin ada keberangkalian akan melimpah jika meletakkan penuh2 ke dalam muffin cup. Mungkin disebabkan permukaannya masih cair basah ia mudah melimpah. *ini adalah berdasarkan pengalaman. Bukan teori sebenar yeee.. hhehe
  13. Faktor lain adalah, jangan ketuk atau hentak muffin cup selepas disudukan adunan. Biarkan ada angin2 di dalam adunan itulah yang membuatkan muffin naik membumbung.
  14. Faktor lain adalah suhu oven. Ramai juga yang mungkin mengalami masalah muffin tak naik elok kerna suhu oven masing2. Syaa belajar dari sifu kak Nor Secubitgaram yang suhu juga memainkan peranan penting. Kite sendiri kena faham ragam oven masing2 untuk menghasilkan muffin yg elok. Kata kak Nor jika oven menggunakan api atas dan bawah ada 2 cara untuk menentukan yang mana satu lebih elok.
  15. Pertama: Bakar muffin 10 minit menggunakan api bawah, kemudian tukar ke api atas dan bawah hinnga masak.
  16. Kedua: Bakar muffin menggunakan api atas bawah, kemudian tukar ke api bawah sahaja sehingga masak.
  17. Sila cube yang mana satu elok dengan oven untuk menghasilkan muffin yang cantik.
  18. Dah baca semua atas tu kan? Nak bagitau skali lagi, secara khususnya membuat muffin mmg tidak menggunkaan mixer, tidak perlu cream teknik bagai. Hanya menggaulkan bahan basah bersama bahan kering. Tapi kerana kekreatifan kite maka dah banyak variasi muffin yang menggunakan teknik pelbagai. Dan hasilnya sangat memuaskan dan menambah fluffy gebunya sesuatu muffin itu. Satu lagi kalau dibarat muffin ni lebih suke dibakar bogel tanpa cup dan berbentuk cendawan. Satu lagi cadangan hidangan adalah ketika panas2.
  19. Penggunaan sesuatu bahan juga menambah kegebuan sesuatu muffin. Jadi kalau nak cube dan nak rasa, bolehlah mengalami pengalaman sendiri menggodek muffin. Okaeyy... ini adalah satu info amatur dari saya. Banyakkkk lagi kena belajarkan. Dan siapa2 jom lah kongsi lagi tips2 membuat muffin ni. Saya memang suke siapa2 sudi share

11 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum sue...
salam ramadan juga buat sue ... mohon kemaafan dari akak yer sue..
wah muffin tu nampak comel n sedap ler sue... akak lom perna buat lg muffin pisang nie.. nampak sedap sgt

izahdaut said...

SUE.. TAK LETAK CEKELAT YE.. SEDAP JUGAK RASANYA NI... GEBU GEBU GITU.. BEST MAKAN SUAM2 KAN...

Amie said...

Sue,
terima kasih banyak-banyak sudi kongsi informasi tentang dunia muffin.... Kak Amie akan jadikan panduan, sebab selama ini Kak Amie memang kaku bab tepung2 ni..... he hehehh

Ayu said...

Assalam sue,
Salam ramadan buat sue & family.
selamat berpuasa juga ya..

muffin nampak gebu & cantik..
tips dari izahdaut ni memang banyak membantu kan sue..

Mamasya said...

Assalammualaikum Sue

Slmt menyambut Ramadhan dan slmt berpuasa buat Sue sekeluarga.
muffin pisang...dpt 2-3 biji buat minum ptg nanti sedapnya..

Unknown said...

Assalamualaikum Sue...


Sedapnya Muffin Pisang Ni...Bila Agaknya Kak Lin Nak Buat...

ijayuji said...

Salam kak sue! selamat menyambut ramadhan buat akak n family jugak di sana! mapin cantekkk!!!! suke mkn benda2 yg ada pisang niii harum bau dia!

Ijan said...

Salam Kak Sue,
Selamat berpuasa buat akak dan keluarga. Sama cam kita, buat muffin sebelum puasa. hehe :)

mummyseri said...

Salam ramadhan buat sue n family..
best muffin , tambah lagi kalo pisang mmg sedap :)
anak2 kite pon suke..

Sue @ Nenie said...

Salam...Pertama tuan rumah memohon berbanyak kemaafan di atas kelewatan membalas jejak2 yang ditinggalkan....

Kak D...Salam Ramadhan juga buat akak sekeluarga...emmmmm...muffin ni memang sedap...puas atilahhhh

Kak Izah...Emmmm..xbuh, pasal hasben selalu komplain kalau muffin ada choc....Apa-apa pun mapin ni memang mabeles

Kak Amie...Terima Kasih juga Kak Izah kita yang sudi share panduan ini, saya just pnajangkan saja....

Kak Ayu..Salam Ramadhan juga buat akak sekeluarga...Sokong2 tips dari Kak Izah sangat berguna untuk di jadikan panduan...

Sue @ Nenie said...

Salam...Dan selamat menyambut Ramadhan Yang mulia buat akak-akak semoga kita mendapat Rahmat dan keberkatan dariNya

Mamasya....Buat berbuka memang sedap mapin ni...wangiiiii je baunya

Kak Lyn...he he he he tunggu seru@vitR nya datang dulu yaaaaa

Ika...Kalo baking apa2 pun guna pisang memnag teruja sangat bila dah nak masak.,..Wangiiiiii je dapur kan.....

Kak Ijan..Ngetest dulu....

MamiSeri...Iyalah kannnn..kena pisang yang dah gubussss-gebussss bila buat kuih manisnya bangkit...tu yang selalu buat tersasar tu.....