Friday, August 19, 2011

Buncis Tumis Berudang

Salam Jumaat penghulu segala hari...

Emmmmm...Lately ni rasa macam susah plak nak bersinggah sini..Tak tau plak kenapa..Salah satu faktornya mungkin kesuntukan masa dan kekurangan mood juga vitamin R yang makin susut...huh....

Oh..Yaaaa..sebelom terlupa, Sue nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas doa semua ke atas kesihatan Is..Alhamdulillah, temp. dia dah kembali normal cuma perlu sedikit pemantauan takut2 ia akan berulang lagi dan semalam Is dah kembali aktif walau tak sepenuhnya..Cumanya tadi pagi, ruam-ruam kat badannya makin bertambah..Tgklah nanti balik kerja, klu tak kurang juga kenalah bawa Is jumpa doktor sekali lagi.....

Oklah, berbalik kita kepada resipi yang pernah Sue cuba, thah, dah lupa untuk iftar yang keberapa...Tapi yang pasti ia sangat sedap dan penyediaannya pun mudah...Sesuai sangat di kala kesuntukan masa....

Resipi kopipes dari Dapur Kak Dayang....Thanks ya Kak dan macam biasa, tampal plak resipi nya kat sini

BAHAN-BAHAN
  • 10 batang kacang buncis (dihiris)
  • 12 ekor udang basah
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dikisar)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • sedikit garam
  • bahan hirisan : cili merah dan cili benggala
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga kering.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Kacau.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit garam. Kacau lagi.
  4. Akhir sekali masukkan cili merah dan cili benggala. Kacau hingga masak.


3 comments:

Amie said...

udangnya tu mengancamlah Sue!

Sue @ Nenie said...

Salam..He he he he ..Nyum nyum bukan saje ngancam..sedap plak tuuuuu

Juwita Jamaludin said...

salam sue.. sedap nampak kacang buncis tu.. sue gaul je kelapa kering t dengan santan .. jangan banyak sangat agak2 ye sebab kelapa kering tak lemak2 jadi akak nak bagi lemak2 akak letak santan serbuk tu pastu baru letak air sikit kasi lembab2.. baru sedap macam kelapa parut..:)