Thursday, September 29, 2011

Serunding Daging Rusa

Assalamualaikum...

Bersinggah sekejap, tak leh lelama pasal tengah banyak kerja ni kat opis..he he he he curi tulang jap barang seminit dua....Apa-apa pun Sue ucapkan terima kasih kerana masih sudi bersinggah di sini dan kepada yang tinggalkan jejak tu..InsyaAllah Sue akan balas komen2 tu bila masa mengizinkan nanti....

Ni resipi yang dah berkurun-kurun dahhhhh...Serunding raya tempohari...Baru teringat nak post..Resipi ni Sue adaptasi dari rancangan 5Rencah 5Rasa yang bersiaran setiap petang Sabtu di bulan Ramadhan yang lalu...Kat rancangan tu dia cakap daging tu hiris nipis2 so Sue pun hirislah, tapi serunding yang Sue dapat dagingnya agak besar2lah...So lenkali kalau nak wat lagi, Sue nak blend/kisar dulu dagingnya dengan harapan hasilnya nanti kelapa akan lebih bergaul mesra dengan dagingnya.....


SERUNDING DAGING RUSA
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 500gm daging rusa (Dihiris nipis) ~ Len kali Sue nak kisar
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • *2 sb serbuk cili
  • *1 sb serbuk kari ( dibancuh sedikit air membentuk pes)
  • Air secukupnya untuk mengempukkan daging
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inch halia
  • 2 batang serai
  • **1 sk ketumbar
  • **1 sk jintan manis (*Disangrai)
PENYEDIAANNYA.
  1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.Masukkan pes cili+serbuk kari..Kacau sebati.
  2. Masukkan daging dan sedikit air (cukup sekadar untuk menggempukkan daging)
  3. Setelah daging empuk dan air hapir kering, masukkan kelapa parut dan perasakan dengan santan...
  4. Kacau sehingga sebati dan kering/berderai...Siap

6 comments:

ady said...

as-salam
wah berselera pulak npk serunding daging rusa...tapi tak pernah mkn daging rusa..sedap ke daging rusa?

izahdaut said...

serunding ni cantik kalau dagingnya di siatka. kalau blend nanti nampak hancur. tapi tak nah makan lagi serunding dging rusa. senang nak dapt ye?

Juwita Jamaludin said...

tak pernah buat serundin sendiri selalu beli je.. :) daging rusa tak pernah makan..

Mieza said...

Sue, pandainya sue buat serunding..akak ni tahu makan je..tp serunding memang sedap! Lebih2 lg daging rusa..

ijan said...

Salam Kak Sue,
Dua kali kite baca tajuk entri. memang betullah daging rusa ye. hehe... menarik, kite tk pernah makan rusa. :)

Sue @ Nenie said...

Waalaikumsalam...

Ady..macam daging2 len juga tapi kalau banding dengan beef urat dagingnya halus siket dan kurang lemak

Kak Izah..betul2..saya pernah tgk resipi kat maj.Rasa...daging dia rebus dulu kendian siat2 then baru wat serunding..tapi bila tgk rancangan tu mcm elok plak dia buat...tu yang cuba tu...

Kak Ita..ni pun baru 1st time ni..

Kak Mieza..He he he biasa pun saya beli gak...ni baru blajar2 nak buat...

Ijan..ni daging rusa ternak...beli kat ladang....