Friday, October 7, 2011

Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum...Salam di hari Jumaat penghulu segala hari..Bagi negeri-negeri yang bercuti hari ni, selamat berhujung minggu...

Hari ni resipi simple-simple jeee...Rasanya dah banyak alternative ayam goreng berempah yang muncul dan ada antaranya sudah pun Sue cuba..Dan salah satunya ialah versi ini...

Resipi ni Sue dapat masa menonton Rancangan Baba's dimana akan ada chef2 jemputan untuk menunjukkan beberapa resipi menarik...Dan setelah mencuba resipi ni Sue memang sukeee sangat ngan rasanya dan ingin gak nak kongsi kat sini sambil2 buat simpanan untuk ingatan sendiri..Mana tau len kali nak buat lagi kannnnn.....


AYAM GORENG BEREMPAH

Inspirasi dari : Rancangan masakan Baba's
Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 4~5 ketul ayam sederhana besar
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili ~ Sue lebih suke guna cili boh
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk jintan manis biji
  • 1 sk jintan putih biji
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam & gula secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inch halia
  • 2 batang serai
PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan ayam yang siap dibersihkan ke dalam mangkuk besar, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan dan gaul sehingga sebati.
  2. Perap lebih kurang setengah jam.
  3. Goreng terendam sehingga kekuningan atau ayam masak..
  4. Sedia dihidang

11 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue tengahari ni kita makan nasi dgn ayam rempah dan kari jantung pisang kat dpur kak ros ya.

Amie said...

Sue,
sedapnya AGB tu.... makan dengan nasi panas... kalau Amie, suka buat sambal kicap sikit... adeeehh... terlupa nak makan sayur kalau dah ada lauk gini...

Ayu said...

Assalam sue, kalau ayam masak macam mana pun budak2 rumah akak ni bedal..sedap nampaknya ayam goreng mu ituu..

Sheery Dream Cakes said...

d kala kurang sihat nie bila nampak ayam goreng berempah tu.. teringin plak nak makan.. :D. mmg menyelerakan sungguh nampaknya... suka sgt ngan ayam goreng berempah gini.. mmg sedap!

Zalieda Zaliedana said...

Assalam sue,alahai sedpnyer nmpk ayam goreng sue nih..Kak ct dah lama xwat yam goreng berempah..Maaf ya lambat kunjung balas..

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Ros, wahhhh kari jantung pisang..mesti sedappppp ni....

Kak Amie, saya kalau ayam goreng macamni, mesti nak makan ngan sayur tumis air...

Kak Ayu, samalah, rakyat jelata sini pun suke ayam2 goreng ni....

Sue @ Nenie said...

Kak Diana, moga aka cepat2 sembuh dan sihat seperti sediakala...Ni antara ayam goreng berempah yang saya suke dan senang plak tu nak buat...

Kak Zalieana...Tak pe, saya faham..saya sendiri pun bukan selalu dapat online...kalau bz, diam2 jelah duk ngadap kerja kat opis ni...bila free barulah cilok2 jap BW...

Qhaifa Nur said...

dulu kureng minat nak makan ayam ni..skrg siap berlumba2 lagi dgn anak2..lebih2 lagi AGB..

quinnie said...

sue ayam goreng ni memang tak pernah jemu kan makannya...sentiasa habis kalau goreng....:)

aroha mizwa said...

peberet nie...mmg suka makan ayam berbanding ikan huhu sb lau ikan suka tercekik...hahah

Sue @ Nenie said...

Salam..

Qhaifa, AGB macam-macam versi, memang sedap bila2 masa dan dimana saja kannnn....

Quinnie, Betul tuuuu...duk ulang2 pun memang xpernah jemu...

Aroha Mizwa, saya plak sukeeee ikan...may be sebab saya anak pantai kotttt....