Friday, October 14, 2011

Rendang Ayam Gaharu

Assalamualaikum....Salam Sejahtera di hari Jumaat penghulu segala hari...Bagi negeri-negeri yang berhari minggu pada hari ni, selamat berhujung minggu

Dah sediakan hidangan makan tengahari ke belum...? Haaaa kalau belum jommm kita layan rendang yang sangat sedap ni...He he he jamu mata jeee lah yaaaa....Aceli ni hidangan dinner 2-3 hari yang lepas...

Tengok resipi ni masa BW kat blog Kak Ct beberapa hari lepas, terus kopipes resipinya dan kebetulan kesemua bahan memang ada kat rumah, so bila balik kerja terus buat....Walau bahan-bahannya nampak banyak tapi nak masaknya amatttt lah senang..Main lebur je dalam koli..Sesuai sangatlah bagi orang-orang yang bekerja yang kadangkala mahu kurangkan masa kat dapur.,.....


RENDANG AYAM GAHARU
Resipi Asal : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan
Sumber : Kak Ct @ Diari Zaliedana

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
  • 3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
  • 500 ml santan
  • 2 camca besar kerisik
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 camca besar rempah kari
  • 1 1/2 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci belacan
  • 5 batang serai, hiris halus
  • 1 inci kunyit hidup
  • 25 biji cili padi siam

Bahan Tumisan
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus

PENYEDIAANNYA
  1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
  4. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat.
  5. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
  6. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  7. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

9 comments:

izahdaut said...

sedapkan

Yana Shaiful said...

nuym..nyumm..rendang gaharu dh smpai sini..mkn dgn nasi lemak pun best nii :=)

Liza said...

sedapnya rendang gaharu..mkn dgn pulut kuning cnfirm sedap..yummy..

cik cek said...

Dah sampai sini ini rendang dari Dapo Izah...terliur dah kak cek tgk...sedapnya makan ngan ketupat...tetiba ingat ketupat lak...leh masak raya haji nanti kan...:D

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Izah..Betoi betoi betoi

Kak Yana..Betul tu, tapikan tetiba plak teringat ketupat palas..buat cicah best ni..

Kak Liza, Masakan ala2 rendang memang sedap layan dengan pulut juga kan...

Kak Cek, betul tu..masa jamah lauk ni kan, tetiba terasa sayu teringat ketupat..kalaulah daun palas senang dapat kat sini, maunya terus nak buat..ha ha ha...cakapnye ajeeee

SASHA MICHA said...

wah sue...looks tempting dos chick rendang!! dpt mkn dgn ketupat ni sedap ni!!!

Juwita Jamaludin said...

yum yum.. ita kalau bab rendang memang tak tolak sedapnya. suka makan.. tambah makan dengan lemang

Unknown said...

nampak sedap rendang ni..terliur sudah..:)

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Sha..Betul tu, bila buat rendang, tetiba plak teringat ketupat~rendang

Kak Ita..Oh oh rendang dan lemang xdapat dipisahkan...

Nieza..apa lagi, nanti2 bolehlah cuba...