Monday, November 28, 2011

Cendawan Campur Aneka Rasa

Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah..Tentu hari ni ramai yang duk berjimba-jimba dan bermalas-malasan di rumah tak pun merancang untuk kemana-mana sempena cuti maal hijrah..Selamat bercuti dan kepada yang terpaksa bertugas tu, selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan...

Paparan hari ni simple2 jeeee..just nak abiskan stok kat esbox....Dan konsepnya samalah ngan tumis2 sayur yang biasa tu cuma bahan2 nya sahaja yang berubah....Tapi gatal2 gak nak post kat sini.....

CENDAWAN CAMPUR ANEKA RASA
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • Segenggam cendawan tiram (dibersihkan)
  • 6 biji cendawan butang
  • segenggam cendawan enoki
  • 2 batang sosej (dipotong ikut suka)
  • ¼ biji capsicum merah
  • ¼ biji capsicum hujau
  • 3 biji bawang merah (mayang)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk)
  • 5 tangkai cili padi (potong)
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau kemuadian masukkan bawang merah dan cili potong.Tumis sehingga kesemua bahan-bahan layu..
  2. Masukkan kesemua cendawan, sosej dan capsicum merah&hijau.Kacau sebati.Masukkan sedikit air dan sos tiram..
  3. Masukkan garam secukupnya dan sesuaikan rasa...
  4. Setelah kesemua sebati, tutup api dan sedia dihidang

8 comments:

dZana said...

salam maal hijrah sue.. yg simple2 tu yg sedap.. akk pun selalu msk camni..

Amie said...

kes nak habiskan stok ni biasanya hasilnya sedap Sue... ginilah caranya Kak Amie kalau dah hujung minggu, campur itu ini mana yang ada, walaupun sikit-sikit tapi hasilnya membukit juga... he he hehh , tengok sup cendawan Sue ni, teringat sup yang sama adik buat masa kami makan ramai-ramai di rumahnya di Meru raya hari tu... itulah menu pertama yang Kak Amie terkam..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ayu kalo makan gituew pun boley ni....masa tgk panas2 perhhh sedopnyer....

rahel said...

Selamat pagi Sue...
wah..tentu sedap kuah sayur ni sebab ada cendawan...suke2..

Cendana Kasih said...

bestnyer cendawan..masak apapun sedap...

quinnie said...

dah lamanya kita tak makan cendawan...tapi tak leh makan byk nanti berangin badan..kekek

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Zana...Lauk promosi penghabisan stok..ha ha ha ha...

Betul tu kak Amie..kumpul itu seketul, yang ni 2 ketul..dah masuk koli, jadi banyak jugaaaa...

Ayu....Samalah..kalau cendawan, lepas goreng sedap je nak meratah...

Sue @ Nenie said...

Kak Rahel...Selamat pagi..yupppp...dah kumpul macam2 cendawan ni..kuahnya pun wangiii je ...sukeeee sangat..

Kak CK...Betul tu, bagi penggemar cendawan, selain goreng tumis, masak sup pun sedapkan...

Quinnie...eh betul ke cendawan ni boleh buat berangin..patutlah masa baru lepas pantang dulu ada yang tegur bila Sue makan cendawan..he he he he