Friday, December 30, 2011

Sata (Santan) Durian

Assalamualaikum, Salam Sejahtera di hari Jumaat penghulu segala hari..

Nampak gayanya kita sudah pun di penghujung tahun 2011 dan jika ada keizinan dariNya, 2 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru masihi 2012....Tentu sekarang masing-masing dah tanam azam baru atau menyusun atur beberapa rancangan yang bakal dicapai sepanjang tahun..Dan bagi ibu bapa yang mempunyai cahaya mata yang akan melangkah ke alam persekolahan tidak kira baru pertama kali atau yang baru menghabiskan cuti, tentu masing2 sibuk membuat persediaan terakhir sebelum menjelangnya sessi persekolahan 4 Jan 2012 tahun hadapan...Sue doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan olehNya...

he he he he he...Oklah kita lupakan sekejap ayat2 mengantuks tuan rumah kat atas tuuuu..Jommmm kita layan pula hidangan pemanis mulut ni...Actually rasanya ia sama saja ngan serawa durian cuma nama jee yang berbeza..Sajeee je Sue buh nama ni pasal kat tempat Sue kitorang panggil ni 'sata durian' dan sata tu maybe merujuk kepada santan kottt pasal kuahnya menggunakan santan...

Dan kat bawah ni sengaja lah Sue letak resipi untuk pulut sekali pasal untuk selera Sue, kalau nak makan sata durian ni, pulutnya Sue lebih suka yang jenis melekat-lekat atau senang cerita pulut versi tanak...Kalau versi kukus tu bukan tak ok, tapi sebab dah terbiasa Mak Sue buat versi ni, jadinya selera Sue pun lebih terarah ke situlah...Iyalahkan..semua resipi dan versi tak salah kerana setiap orang ada citarasa yang berbeza sesuai ngan budaya dan penerimaan anak tekak masing2 kan....

Jadinya untuk ingatan dan panduan Sue di masa akan datang, Sue simpan resipi kat sini juga..Walau Sue tahu semua orang pandai tanak pulut, tapi kalau orang yang tak biasa macam Sue terkial-kial juga dan silap hari bulan tak jadi pulutnya seperti yang dikehendaki..Dan untuk dapatkan versi yang lebih kurang macam Mak, Sue rujuk ngan kakak sulong Sue dimana cara dia lebih senang untuk Sue praktice kan.....

SANTAN DURIAN
Resipi : Kak Nor@Kajang

UNTUK KUAHNYA

Bahan-Bahan
  • 400 ml santan (200 ml santan kotak+200ml air)
  • 3 sb nissan/gula melaka (siap racik) ~ Boleh adjust kuantiti ikut kemanisan masing2
  • Secubit garam
  • 2~3 ulas durian
Penyediaannya
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.(jangan sampai pecah minyak)
  2. Setelah cukup rasa, tutup api.
UNTUK PULUT
Bahan-Bahan
  • 2 pot beras pulut (dibersihkan dan tos)
  • Air secukupnya
  • Secubit garam
Penyediaannya
  1. Masukkan beras pulut yang siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan air sehingga ½inch ketinggiannya dari permukaan pulut.
  2. Tutup periuk dan masak dengan api paling kecil sehingga pulut tanak.
  3. Setelah pulut tanak, tutup api.
  4. Karih (kacau) pulut dan tutup periuk.
Hiasan
  • Beberapa ulas durian
CARA HIDANGAN
  1. Sendukkan pulut secukupnya ke dalam pinggan hidang, letakkan seulas durian disisinya dan curahkan kuah ke atasnya..
  2. Sedia dinikmati...

17 comments:

cik cek said...

Teringinnya nak makan ni...fav akak ni sue...akak panggil serawa durian...makan lak ngan pulut..fuhhh...bestnya....:)

rahel said...

Salam Sue..
waaa..ini makanan kegemaran Rahel..adoii..telan2 liur je..

Sheila Shafeareen said...

As'salam wahhhh hari ni manu yg sama lah kita...sdp kan makan sama pulut...kalau rajin ingat nak buat roti jala...

Liza said...

perggghhhh...sedapnya kalau dpt semangkuk ni...hihihi
family akak pun suka ni..

EmbunRosaliza said...

Assalam nenie..akk panggil pengat durian ni kalo gini, cuma bezanya tak letak durian segar di sisi je, pas ni boleh di cuba cara nenie pulak mkn ngan durian segar, sedaapnya

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Cek..betul tu, banyak yang saya dengar dipanggil ngan serawa..apa pun namanya bendanya lebih kurang serupa kan...

Kak Rahel...Apa lagi, musim durian belum habis..cepat2 nanti terlambat..

Kak Sheila..he he he he janji2 pula kita yaaa..saya belum pernah makan ni ngan roti jala..emmm len kali ada masa nak buat lagilah kuah ni dan try makan ngan roti jala pula

Sue @ Nenie said...

Kak Liza..Kalau hidangan2 yang family suke, syok kan nak masak...bila tengok licin jeeee rasa berbaloi sangat

Kak Rosaliza..Kitorang dulu2 memang makan macam ni..May be sebab kami adik beradik ramai kottt, nak bagi yang fresh macam tuuuu je takut tak cukup, jadi Mak masak buat kuah, so bila makan ni ngan pulut, mak agihlah beberapa ulas yang fresh setiap orang...Jadi boleh lah cover sikit...

Wattie said...

Assalamualaikum Sue,
Kalau dapat kat anak2 akak, tak taula camana berebutnya....tp akak pula kena pandang2, jeling2 jerla sbb akak tak mkn durian huhuhuhu

Amie said...

waduh Sue! ada lagi ke... Amie lambat sampai ni,macam tinggal baunya je... hu hu huuu

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Makan dengan roti jala pun yummy

Chik Mimi said...

sedapnya nenie,akak suka tapi kat rumah ni akak sorang je yang layan so tunjuk je la kat Pm

quinnie said...

salam kaksue...ooo gini cara sue makan pulut durian...buah yg tak dimasak pun letak sekali....kalau kat perak..kuah dia tu guna santan betul..tak buat kuah kalau nak makan dgn buah durian....:)

aZuMaya said...

salam..nenie...tqvm singgah my teratak.. wow mmg mengancam durian awak nie,,satt lagi saya nak pie dusun kawan,,,mesti jumpa raja segala buah nie

ijan said...

Kami panggil pulut durian. Sedapnye, kena pulak durian lemak2 manis gitu. meletop. hehe...

Selamat tahun baru kak sue.!

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Wattie, saya dulu pun tak suke sangat durian ni, kalau makan ngan pulut pun, ambil seulas dua jeee buat syarat, tapi sejak kahwin nilah mula belajar makan durian fresh ngan Hb..

Kak Amie..alaaaa ni bukan setakat tinggal bau, bekas bau pun takde lagi dahhhh...takpe, len kali kita post sana semangkuk dua yaaaa...

Kak Patty, itulah, ramai yang cakap sedap makan ngan roti jala, tapi Sue belum pernah cuba lagiiiii

Sue @ Nenie said...

Kak Mimi...Alaaa..takpe, jap lagi Sue terbang ke Penang, nanti Sue temankan...

Quinnie...ha ah..Sue biasa makan kuah dia buat cair sikettttt...So kalau guna santan kotak tu, pasti tambah air siket supaya tak pekat sangat...

Azumaya..wahhhhh bestnya boleh petik2 kat dusun..Dapat yang fresh gitu, kita gak yang main kutip2 tepi jalan...Tapi kutip2 tepi jalan pun kena lah hulur yang merah-hijau tu sekeping dua

Sue @ Nenie said...

Ijan..iya..kadang2 panggil pulut durian kadang2 sata durian, tapi sata durian lebih pemessss..

selamat tahun baru juga buat Ijan sekeluarga