Friday, January 27, 2012

Banana Chips

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam di pagi Jumaat, Penghulu segala hari...Semoga kedatangan hari ni melimpahkan rahmat dan keberkatan buat kita semua....

Jomm petang-petang begini kita menikmati chip pisang sambil-sambil lepak bersama keluarga terutama bagi yang mereka yang sedang menghabiskan hujung minggu dan bagi yang bekerja tu, boleh gak buat kudap-kudapan hilangkan ngantuk di petang hari sambil-sambil ngadap komputer tuuuu....

Chip pisang ni Sue buat masa bercuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dah berlalu 2~3 hari yang lepas..Kebetulan Baby Sitter Lieya dan Is ada bagi 6 biji pisang tanduk yang belum masak...Jadinya tetiba pula teringin nak mencuba buat kerepek ni...Kalau nak tunggu masak dan buat pisang goreng bersalut tepung, kurang laku kat rumah ni, 2~3 ketul tu jalanlah..Tapi kalau banyak2 nanti tak terhabis pula..Takut pula membazir nanti...

Jadinya, sementara bersenang-lenang kat rumah menghabiskan cuti, boleh gak luangkan sedikit masa buat kerepek ni...Mula-mula tu nak wat bentuk bulat macam biasa jeeee, tapi tetiba plak teringat bentuk chip pisang yang pernah Kak Roz buat dan paparkan kat blog beliau...Emmmm sesekali buat kelainan apa salahnya kannnnn...?

Nak buat pun senang...Sesetengah orang, main sagat terus jeee ke dalam minyak panas, tapi Sue sagat dulu kat dalam bekas/mangkuk kemudian baru masukkan ke dalam minyak panas...Walau nampak sedikit leceh tapi atas alasan keselamatan...Bagi yang dah biasa tu, Oklah..Tapi bagi yang masih terketar-ketar lagi macam Sue ni, tak pelah lambat siket, janji selamat..

Dan bila buat bentuk macam ni, senang siket kerja, pasal lepas sagat kita boleh terus campak macam tu jeee dalam minyak panas then kacau2 bagi tidak melekat berbanding sagat secara membulat, tak boleh main campak macam tu jeee pasal ia akan melekat, jadi kena plak kirai satu-satu ke dalam minyak panas..Tapi itu terpulang cara masing2, mungkin ada yang pandai, tak payah kirai satu-satu tapi kerepeknya goreng sempurna sekeping-sekeping.....

BANANA CHIPS
Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 6 biji Pisang Tanduk
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • *100 ml air masak
  • *½ sk garam halus (*Dibancuh) ~Ketepikan.
PENYEDIAANNYA
  1. Pisang dibuang kulit dan basuh.Toskan.
  2. Panaskan minyak.
  3. sagat pisang mengikut bentuk yang disukai dan masukkan ke dalam minyak panas.
  4. Goreng sehingga separuh masak, masukkan 1~2 sb bancuhan air garam.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.
  5. Lakukan (3) & (4) sehingga habis.
Note : Pastikan untuk gorengan yang seterusnya, kerepek tidak begitu masin, jika selepas gorengan kedua/ketiga, kerepeknya sudah cukup masin, pastikan gorengan seterusnya tidak lagi dimasukkan air garam.

9 comments:

cik cek said...

Yg ni confirm abis...dok krup krap depan tv...sedo2 dah abis sebalang....:)

izahdaut said...

wah sedap ni. krup krap tak sedar je dah habis..

nOOrsha said...

sedapnya!! rancang nak wat kepek pisang gak..smalam wat kepek kentang abih dan2 tu gak x sempat nak posing..hehhe

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Cek..Betul tu, memang leka nguyah ni depan tv...

Izah..krup krap krup krap sampai leka, tapi bentuk camni kena makan hati-hati siket supaya tak tercucuk lelangit...

Noorsha..woooowwww...Sue belum pernah lagi cuba buat kerepek kentang sendiri..mesti sedapkan....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue ..lama tak timbul..sedap chips tu....

quinnie said...

wahhh..halusnya sue..rajin betul...suka la buat bentuk cam gini..:)

rahel said...

Salam Sue..kalau yang mcm ni memang laju je abiss..tak sedar balang dah kosong..hehe..

ijan said...

Salam Kak Sue,
Ingat kan potato chips tadi. Tak sangka pisang pun boleh. menarik lah.

Mamasya said...

Aslmkum Sue.dtg ngendeng kerepek pisang tu....sedapnya kunyah.harus balik nanti nak angkut kerepek pisang byk2.