Wednesday, January 4, 2012

Masak Lemak Kepah dan Kulat Sisir

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni pasti ramai ibu bapa yang agak sibuk menghantar anak2 ke sekolah setelah hampir sebulan bercuti dan bagi cikgu-cikgu yang akan memulakan tugas hari ni..Selamat kembali bertugas...


Jommmm hari ni kita intai2 lagi resipi main campak2 menggunakan apa yang berbaki kat esbox... Resipi simple2 orang malas...Main lebur semuanya kat dalam priuk then sedia dihidang..

Sebenarnya dulu Sue paling tak suka nak masak masakan yang ada santan ni pasal kena berdiri lama-lama kat tepi stove tu kacau-kacau dan kacau kuah tu supaya tidak pecah minyak...Walau ramai yang kata boleh tinggal macam tu jeee dengan meletakkan senduk ke dalamnya, tapi still tak jadi sampailah Sue cuba satu senduk stailessteel yang Sue beli tak lama dulu..Barulah eksperimen menjadi...Nak masak apa2 pun kuah bersantan, just tinggal macam tu jeee then kacau sekali sekala sehingga mendidih..kuahnya still cantik tak pecah minyak...Ohhh suka dan sejak itu memang selalu gaklan masak lemak main lebur2 macam ni...Senang kerja satu dan lauk2 macam ni memang kegemaran Sue....

MASAK LEMAK KEPAH dan KULAT SISIR
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kg kepah
  • Segenggam kulat sisir
  • 1 batang serai (dititik)
  • sehiris halia
  • 6 tangkai cili padi ~Jika mahu kuah pedas, boleh blend sekali dengan bawang
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 500 ml santan (200ml santan kotak+300ml air)
  • Garam secukupnya

Bahan tumbuk kasar

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

PENYEDIAANNYA

  1. Kepah direndam ke dalam air garam lebih kurang 1/2jam untuk membuang sisa pasir.Basuh dan toskan
  2. Kulat sisir direndam seketika dengan air dan basuh dengan sedikit air garam.Bilas dan toskan.
  3. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
  4. Bila Kepah sudah masak dan kulat sisir dah lembut dan kuah pun cukup rasa, tutup api dan sedia dihidang.

24 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ninie.SELAMAT TAHUN BARU 2011.
Dah alma xmkn cebdawan sisir...sbb ssh nk jumpa :D.Tumpang mkn kat sini ajelah :D

Liza said...

sedapnya kulat tu sue...gandingkan pulak dgn kepah....fuhhh terangkat beb....hihihhi

izahdaut said...

suee.. dulu saya tak suke sangat kulat sisir ni. tapi skarang kalau nampak menggigil nak beli. haha mmg sedap kan. pulak ada lak manis kepah tu. fuhhh terangkat!!

EmbunRosaliza said...

Assalam nenie, sedapnya kulat sisir msk lemak bersama kepah tu, lamanya tak mkn kulat sisir, terliur la pulakhuhu. akk pun kalo msk yg guna santan suka je letak senduk lam periuk pas tu akk guna api sederhana je, ok la boleh la buat kerja lain sambil msk2 tu.

quinnie said...

wah kak sue...sedapnya kulat tu...dah bertahun saya tak makan ni kak....dia kalau musim hujan memang tumbuh melata kat pangkal pokok..hehhehe....

hazila said...

Semalam akak pun masak kepah, tapi buat goreng pedas cili padi. Malas pulak nak shoot.

Mamasya said...

Slmt thn baru Sue.ohh ada tips tak nak bagi santan tidak pecah minyak...letak senduk stainlesstel.teringat masa budak2 dulu, kalau masak yg bersantan,mak cukup bising kalau tinggalkan kuah yg dimasak tak dikacau...hi..hi..
kulat sisir bila lah dpt mkn lagi..

EJHarraz said...

wahh sedapnya kulat sisir dibuat masak lemak..dah lama jugak rasanya tak makan..

Asmara said...

eh mcm tu ye petuanya. hwaa.. nape hari ni baru tau. nasib baik sue beritau, bertambah ilmu. TQ sue! selama ni mmg dok kacau je. hehe.. nnti nk praktikan. :D

rahel said...

Salam Sue...
sedapnya lauk hari ni ek...Rahel pun suka ngan kepah..tp tak seberapa ngan kulat..

Ayu said...

Assalam sue, aduhhh..lagilah akak terkapai2 nak cari..dah lama akak cari asal masuk jb aje akak cari kat pasar2 tapi tak perrah jumpa..memang teringin sanagt nak makn kulat sisir ni..aduhhh..uish macam ngidam pulak..cet!!!

cik cek said...

Selamat Tahun Baru...
mana dapat kulat sisir ni...payah oooo nak jumpa sekarang ni...sedapnya...:)

blogresipi.com said...

Salam Sue,
Kulat sisir lagi ye. Kalau ada belen tu bak sni sikit lah nak buat masak lemak jugak. hehe

azumaya said...

salam...resepi pembuka awal tahun,,perghh seafood maliii

Unknown said...

Assalamualaikum Nanie
Selamat tahun Baru 2012

*Sedapnya cendawan kukur ni...susah nak cari...dah lama tak makan. Terliur Kak Lin!

nOOrsha said...

salam kak..terliur ngan masak lemak ni..ade sambal blacan mmg complete set ni kn..hihi..x toleh kiri kanan time mkn :)

Mieza said...

sue ooo sue..ada lg tak kulat sisir ni..suka sgt dgn kulat sisir..goreng kunyit pun sodap..mana la nak cari lagi kulat sisir kat Tg Malim ni..terliur...dedulu byk tumbuh kat tepi umah kat kg..rindu dgn kulat ni!

Unknown said...

sedapnya.. suka

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kak Atie, Selamat tahun baru juga buat akak sekeluarga..Betul tu..yang ni pun kebetulan juga jumpa kat pasar tani..may be sebab sekarang musim ujan tu yang terkebetulan jumpa tuuuu...

Kak Liza..betul tu..senang nak masak makan pun sedap...

Izah..Sue pun ni baru nak cuba bila ramai cakap sedap..sebelum ni tak terfikir pun nak mencubanya...

Sue @ Nenie said...

Kak Rosaliza..Dulu2 pun saya pernah dapat petua ni tapi bila buat tak jadi, saya fikir cara tu tak boleh diguna pakai...Lately ni cuba lagi kebetulan guna senduk stainless steel tu dan tak sangka plak ok..alhamdulillah tak pecah minyak...Betul tu kak, sambil tu boelh buat kerja lain...

Quinnie..Akak baru ni jee jumpa dan tetiba pula rasa nak cuma..iyaaa..maybe sek musim ujan, tu yang boleh terjumpa orang jual tuuuu...

Kak Hazila..wahhhh kepah..sedap tu..Lama pula saya tak makan kepah...

Sue @ Nenie said...

Mamasya..samalah kita..maka sue pun bila masak lemak, selalu marah kalau ditinggalkan gitu jeee, takut pecah minyak katanya...

Iza, betul sekarang ni amat susah nak jumpa ni...

Kak As...saya pun sejak akhir2 ni baru jadi guna kaedah ni, sebelum ni fail....he he he

Sue @ Nenie said...

Kak Rahel..Ok, kalau cenggitu, akak kutip kepah saya plak makan cendawan tu sepuasnya...

Kak Ayu...saya pun kebetulan je terserampak ngan penjualnya..may be sekarang musim ujan...

Kak Cek..Betul tu, sekarang pun saya still terfikir kenapa diorang kat tanam ia untuk komersial yaaaa....atau belum lagi jumpa kaedahnyaaa...

Sue @ Nenie said...

Ijan..emmmm bukan orang yang tinggal dirantauan jee ngidam ni, yang duk mesia ni pun kira nasib je kan boleh rasa ni...

Maya...Apa lagi jomlah ngadap sesama..sedappppp

Kak Lin..Selamat tahun baru juga buat Kak Lin...Sesekali dapat peluang makan benda yang susah jumpa ni, syok kannnnnn...

Sue @ Nenie said...

Noorsha..Betulllll...tambah sambal belacan memang terangkattttt

Kak Mieza....oppssss..goreng macam tu pun boleh yaaa kulat ni...waaahhhh bilalah adapeluang lagi nak jumpa ni, kalau tak boleh cuba goreng niiii

Norlie...terima kasihhhh