Wednesday, February 15, 2012

Nasi Himpit Kuah Kacang

Assalamualaikum dan selamat petang...

Jommmm kita layan nasi himpit kuah kacang di luar musim raya....Versi simple dan main campak-campak jeee asal siap...

KUAH KACANG
Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • ½ kg kacang tanah (disangrai dan dibuang kulit, ½ portion kisar kasar dan ½ portion kisar halus)
  • ½ cwn minyak masak
  • 2 batang serai
  • 2~3 sb nisan/gula merah
  • garam secukupnya
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sehiris halia
  • 10~15 tangkai cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • 1 sb udang kering
PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam periuk, panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan kacang kisar dan kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan.Biar seketika dengan api kecil.
  3. Masukkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini...Perasakan dengan nisan/gula merah dan garam secukupnya...
  4. Masak sehingga kacang betul2 masak dan kuah pekat.
  5. Sedia dihidang dengan nasi himpit/sate....

12 comments:

cik cek said...

Menu wajib ada setiap kali raya...nasi impit ...kuah kacang...memang fav family akak...:)

hazila said...

Alahai sedapnya kuah kacang ngan nasi impit.

Asmara said...

ala lama tak makan. last mkn masa raya haritu kot. malasnya nak buat. hehe.. nk try resepi sue kot! tq dear!

Cheq Sue said...

bila tgk kawan2 buat kuah kacang jeles je tau sebab lawo kemain... dari semalam dok pk nak buat nasi impit...boleh layan la harini. kacang pun dah ada...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ninie..sibbek aritu dah masak nasi impit tp cicah ngan rendang jer.Kuah kacang tu nampak menyelerakan.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue,terliur la..lama kak ros tak makan nasu impit kuah kacang macam ni.Buat sambal kelapa lagi sedap kan???

ibundo said...

salam sue. Terasa macam nak raya pulak dah ni...

mama sara nur said...

Assalam Sue
ni kan menu wajib tiapkali raya umah sebelah hubby he he ye la kan org KL takleh bakar lemang jadi wat nasi impit sbgai ganti he he akak pun sejak kawin dah suka nasi himpit ni tau..ada rendang ayam lg best tu

rahel said...

Sue,klu yg namanya nasi impit digandingkan ngan kuah kacang..tetap menjadi menu kesukaan kite..kadang klu teringin sangat nak makan..kite pun buat jugak..

Wani said...

dah lama rasanya tak makan kuah kacang n nasi impit ni .. teringat hari raya lak hihi... biasa nya mak la yang masak .. nanti nak cuba buat yang ni kalau terlebih rajin hihi

Amie said...

Sue,
terus terang....pengsan Amie dibuatnya kalau dah terjumpa nasi himpit dengan kuah kacang! Tapi nak pengsan pun tak dak sapa nak toplong...so ngences ajelah depat laptop ni...hi hi hi

ijan said...

Kalau kuah kacang macam ni, saya suka makan ratah je. Tak ada satay pun tak apa hihi :)