Tuesday, February 14, 2012

Donut Tofu Lembut

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masih dalam mood kebizian (eh...! Boleh caya ke niiiii....?) tapi masih sempat cilok untuk paparan kali ini..Dan terima kasih bagi yang sudi bersinggah sini..InsyaAllah, bila time betul2 clear nanti Sue akan BW macam biasa....

Emmmm...donut lagiiiiiiii....Masih guna resipi dari Kak Ros@JintanManis.com yang Sue print dari E-book yang pernah beliau edarkan tidak lama dahulu....Hasilnya...? Alhamdulillah..gebuss gebassss sehingga ke petang...

Tapi masa buat tu ada sedikit kesilapan teknikal..Ha ha ha ha..Ni semua akibat over confident punya pasallah ni.....

Mentang-mentanglah dah beberapa kali buat donut mulus dengan jayanya terus lupa daratan kejap....Berkenaan sukatan air tu, terus jeee Sue gunakan 160 ml air/susu suam utk aktivekan yis...Akibatnya doh menjadi terlalu lembik sehingga tidak membentuk doh..Jadinya terpaksalah Sue tambah beberapa sudu lagi tepung untuk membentuk doh...

Errkkkk..Tak salahkan resipi yaaaa...Sebab ia berkemungkinan disebabkan faktor saiz telur atau taufu lembut yang digunakan...Jadi moral of the story, lain kali (Untuk ingatan diri sendiri shj) kalau dapat apa2 resipi untuk membentuk doh, jangan guna sepenuhnya sukatan cecair yang diberikan untuk aktivekan yis, guna ½ atau ¼ dari sukatan yang diberikan.Dan yang selebihnya di asingkan di dalam satu bekas untuk ditambah sedikit demi sedikit ke dalam adunan semasa membentuk doh nanti....

Apa-apa pun hasilnya masih memuaskan hatiiiii...Len kali nak cuba lagiiiiii......

DONUT TOFU LEMBUT
Sumber : Kak Ros@JintanManis.com

BAHAN-BAHAN
  • 300 gm tepung gandum
  • 125 gm taufu lembut
  • 1 ½ sb susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit menggunakan garpu)
  • 160ml susu suam@air suam ~ Sue guna 100ml shj
  • 40 gm shortening
  • 4 sudu besar gula
  • 6 gm yis
  • 100 gm tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
  • ½ sk garam
  • 1 sk baking powder

***sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

PENYEDIAANNYA

Penyediaan Doh
  1. Kaedah 1, Penggunaan Bread Maker (BM) --> Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah seterusnya.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan -->
  • Di mangkuk kecil, masukkan 50ml air suam dan 1 sb gula.Kacau sehingga gula larut dan masukkan yis.Biarkan lebih kurang 5~10 min atau sehingga larutan tadi berbuih.
  • Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
****Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  1. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  2. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda.
  4. Goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan toskan.
  5. Salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan.

10 comments:

cik cek said...

sue...
Memang nampak kegebuan donut tofu ni...bila la turn akak nak menerynya...:)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

my fav ni...
selalu ai buat sebab si adam suka

p/s:: uiks kenapa pangey k.ros??? muda dari ros ker???

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ninie..k.atie pon dah lama xmendonut..biasa beli 2-3 ketul jer :D

Wani said...

salam .. aih x pernah sampai seru nak mendonut .. entah bila seru nak datang .. huhu tengok orang lain berderet2 buat donut .. tapi donut ni memang nampak gebu gebassss hihi

quinnie said...

memang teringin nak cuba donut ni..tapi tauhu yillek...kekeke

Totie@Tomy said...

saya pengemar donat yang tegar,,,hehe pantang nampak donat semua sedap..

Cheq Sue said...

sue, ada soft copy tak untuk e-book donat ni? kalau ada boleh tak emailkan pada saya... kalau xde xpelah.. :)

add : kemren0104@yahoo.com

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Cek...memang betul2 gebu tapi ia sedikit berstruktur ala roti sebab guna tepung roti..

Ayu...Sue pun mula bergiat aktive mendonut ni sebab Sara sukaaaa sgt donut...

Eh...Ros muda pada Sue ke...? tak sure plak, tapi dah biasakan kat sini kalau tak sure umur terus panggil akak jeeee...

Kak Atie, saya suka mendonut ni pun sejak Sara sukaaaa sangat donut..tu yang belajar juga tuuuu

Sue @ Nenie said...

Wani...He he he Sue pun sejak akhir2 ni juga menceburkan diri duk nguli donut sendiri...baru sampai seru..ngeeee

Quinnie...Haaa cepat2 gi kedai cari taufu yaaaa

Totie...Wahhhh kalau macam tu mesti terre buat donut ni...

Sue @ Nenie said...

Kak Cheq..haaa Sue dah email e-book tu..sorry lambat siket..selamat mendonut...