Monday, March 19, 2012

Ayam Halia

Salam...

Persinggahan beberapa minit mencilok-cilok di tengah kebizian....Kepada yang masih sudi bersinggah ke sini, Sue ucapka terima kasih dan insyaAllah, jika ada kesempatan nanti Sue akan jenguk kawan-kawan...Dan kepada yang telah tinggalkan komen tu...Sue akan balas sedikit demi sedikit..Thanks atas kunjungan kalian....Walau sedikit lembap mengupdate~Tapi kehadiaran kalian sedikit sebanyak memberi sedikit suntikan semangat untuk Sue terus di sini....

Oklah...kita lupakan saja pasal tu, jommmmm kita layan lauk 2 minggu lepas sewaktu menghabiskan hujung minggu bersama keluarga....Resipi ringkas buah tangan Kak Hanieliza di dalam bukunya "1 hari 1 resipi~365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza"

Sue sukakan hasilnya...Sedaaaaapppp..Thanks Kak Liza untuk idea ringkas ni...

AYAM HALIA
Sumber :- 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza

BAHAN-BAHAN
  • 250 gm ayam
  • 1/2 s.teh tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
  • 1/2 s.teh serbuk lada hitam
  • 1 pokok daun bawang
  • 1/2 biji tomato (potong baji)
  • 1 sb minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan-B (dihiris)

  • 1 1/2 inch halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata.Kemudian masukkan sedikit air
  3. Masakkan ayam sehingga lembut
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam.Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato dan daun bawang dan kacau rata.
  6. Sedia di hidang

15 comments:

LinRosly said...

Assalamualaikum Sue @ Nenie

Kak Lin pun dah pernah masak resepi dari Chef Hanieliza ni sedap kan? Lagi kalau makan panas2 kena dgn selera kami sekeluarga....

Salam Rindu Dari Kak Lin Muaaahhh

HALAMANKU said...

Salam Kak Sue.. nyum2 sedap tu cina style.. kak mkn ngan nasi panas2 atau bubur sedapnyer.. lapo lah pulak pepetang tgk lauk sedap he he he

izahdaut said...

tq sue share resepi. nak buat tuk anak2. bebudak suke makan lauk2 gini.. hehe

Amie said...

Memang resepi hasil air tangan Kak Liza sedap2 belaka walaupun ringkas!

mama sara nur said...

ASSALAM
ringkas tp sedap ni Sue,
akak suker masakan ayam ada halia, kadang2 bosan2 laukpauk, potong halia mentah pun ok sedapp

rahel said...

Kalau ayam masak halia memang sentiasa sedap..gue suka makan ni.

HomeKreation said...

Along suka makan ala2 chinese cooking camni.

Asmara said...

Wow good idea! Akk mmg mencari2 resepi mcm ni. Tp x tau nama apa. Tq sue. Confirm akan buat yg ni. :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Ninie..sedap klu ayam di masak camni.,sambil tu blh buang angin lam badan :D

ijayuji said...

Salam kak sue! nmpk sedap pulak ayam akak ni, tgh2 malam dtg perut lapo tp tak leh makan kena thn nafsu makan malam hihihi..

quinnie said...

sue..tengok rupa pun dah tau sedap..likat je kuahnya...hmmm kalau ada ayam boleh cuba..:)

kita pun bz..lambat skit balas kunjungan..hehehe

ijan said...

Salam Sue,
Aduii, tengok ayam halia ni tengah2 hari buat saya rasa nak balik masak nasik je. hehehe....

Mamasya said...

Slmt berhujung minggu Sue.ayam masak halia gini belum pernah cuba... ringkas masaknya..boleh tambah koleksi masakan ayam.

rozie said...

rasanya masakan ni sesuai di makan dalam pantang..berkhasiat dan dapat memanaskan badan..

presa1200 said...

Salam sy pnah baca yg versi chinese ade tambah minyak bijian. InshaAllah boleh cuba