Monday, April 9, 2012

Roti Coklat Berkismis

Assalamualaikum..

Rotiiiii lagiiiiiii....Lately ni sejak dah pandai menguli doh, macam gian plak nak meroti..Kalau ikutkan hati Sue lebih suka buat kek/mufin, tapi sebab pasaran kek/mufin agak merundum kat rumah ni, jadinya terpaksalah beralih arah bukak kedai roti pula walau order sebenarnya adalah donut..Ha ha ha ha ha ha....Almaklumlah..orang tengah gian, lain yang diorder, lain plak yang dibuat...Sabar yaaa Sara, lenkali Mama buatkan donut lagi....

Tapi disebabkan tak cukup kaki tangan, inilah satu-satunya gambar yang sempat diabadikan sebelum chefnya terpaksa bertukar kerjaya dengan serta merta dari tukang masak kepada pakar kanak-kanak yang sebenarnya tak berapa pakar..

Eh banyak plak merapunya..Oklah kita layan jelah roti ni tapi bila kejadiannya usah di tanya pasal tuan punya badan sendiri dah lupa...Tapi yang kat bawah ni, Sue dah tukar penyediaannya ikut terjemahan sendiri, jadi kalau nak tengok versi asal bolehlah rujuk kat rumah Kak Nor yaaaaaaaa....

ROTI COKLAT BERKISMIS
Sumber : DIY HOME BREAD Chef Khoo See Yew
Rujukan : Kak Nor SecubitGaram
Olahan/Terjemahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN

Bahan-A
  • 300 gm Tepung berprotein tinggi/tepung roti
  • 5 gm susu skim
  • 3 gm Bread Improver
  • 10 gm serbuk coklat
  • ½ s.teh garam
  • ½ s.teh Choc Emulco
Bahan-B
  • 50 gm gula kastor
  • 30 gm telur/1 sb Water Roux
  • 180 gm air sejuk ~ Sue guna air suam
  • 7.5 gm yis
Bahan-C
  • 15 gm mentega
  • 15 gm shortening
Bahan-D
  • 150 gm raising/choc chip
PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam mangkuk kecil, masukkan 80 gm air suam, dan kesemua bahan-B.Biarkan lebih kurang 10 min atau sehingga yis aktive/berbuih.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, masukkan kesemua bahan-A dan (1) dan uli sehingga membentuk doh..Tambah baki air jika perlu.
  3. Masukkan Bahan-C dan terus menguli sehingga licin.Pindahkan doh ke papan pencanai dan uli lagi doh selama lebih kurang 10~15 minit (dengan cara menekan dan menolak doh menggunakan hujung telapak tangan) sehingga doh benar-benar licin dan elastik.
  4. Masukkan Bahan-D dan uli lagi sehingga sebati.Masukkan kembali ke dalam mangkuk pengadun dan tutup dengan tuala lembap/wripping plastik dan rehatkan ia selama 30 min atau doh mengembang sekali ganda.
  5. Tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin dan bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil seberat lebih kurang 40gm setiap satu dan rehatkan lagi lebih kurang 10 min.
  6. Sediakan loyang yang dilenser mentega, susun bebola doh tadi dan rehatkan ia lebih kurang 30 min/naik sekali ganda.
  7. Sapukan telur+susu cair dan taburkan bijan di atasnya.Bakar pada suhu 180C selama 20~25 min atau sehingga masak.

15 comments:

Qasey Honey said...

asslm sue..menu kita sma la hrni...roti jugak..
tp nmpk sedap la pulak tgk roti coklat berkismis tu...nm simpan resepi ni yer...nti QH nk cuba lak...

HALAMANKU said...

Salam Kak Sue.. nyum2 sedap dapat makan roti panas2 ni sini skang tgh hujan terasa lapo tgk roti akak minum ngan susu panas.. best nyer..

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak QH..emmm saya pun terguda ngan kewangian bauan garlic dari rumah akak...saya jeee masih tunggu seru nak wat roti tu walau dah lama masuk list

Erma...Bila buat roti ni, mula teringat zaman sek men dulu...bila ada peluang selalu seludup keluar dari hostel waktu tgh hari gi ke kedai bakery (IKS) beli roti dari belakang...sebab time tu roti dia baru siap dan masih panas2 lagiiiii....

Nieza said...

wahhh best tgk roti sue ni..kalau dah start meroti memang gitulah terasa nk buat roti jer...tapi bila stop malas lak nk mula...hehe

izahdaut said...

tu la.. kalau dah skali meroti mmg gerammm dan ketagih lak nak nengok doh kembang gitu kan. hehe ;-)

Mamasya said...

Salam Sue.nak baking...buat kuih mmg kena ikut pasaran kan...nanti kena perabih sorang2..hi..hi.tp akak bab roti ni mmg kurang rajin.tp kalau roti dah jadi mcm Sue mungkin nak buat lagi..
re; Sue,akak dulupun tak berani nak masak mcm2 tp bila selalu cuba resepi dr internet ni confiden sikit nak masak utk tetamu.

hana said...

salam sue!! akak nih pantang nampak roti nak melahap ajer! smlm br buat roti inti kcg merah... ishh ishhhh

mama sara nur said...

assalam
Sue nak rotiii he he
roti coklat sedap nih

quinnie said...

bestnya makan roti...kita paling suka makan waktu panas...lembut je...:)

Asmara said...

roti coklat mmg sedap. tp tang kismis tu ank2 mesti ketepikan. isk2...

Wattie said...

Salam Sue,
Waaaa... dah bukak kedai roti ya, Kalau dah selalu meroti mesti muscle pun naik menimbun2 cam roti gak kan Sue hehehe....roti kalau dibuat sendiri mmg puas makan kan....

Sue @ Nenie said...

Salam..

Nieza..betul tu...sekali meroti then manjadi plak tu...terus jadi gian lebih2 lagi bila tgk pelbagai versi roti kat rumah kawan2 yang lain..

Izah..betullll betulllll betullll

Mamasya..sokong..bila buat takde pasaran mulalah duk fikir yang bukan2...diorang tak suke ke atau masakan ku tak sedap (walau kat anak tekak sendiri dah OK)dan satu lagi sedeyyyy nya bila terpaksa perabihkan sorang2 dan paling koman kucing kat belakang rumah lah jadi mangsa keadaan...

ijayuji said...

Salam kak sue! roti kismis pas kat kita ajerr kita mmg suke :D gemuk2 tuu roti akak, sedap makan panas2 gituuu :D minum air teh o, hummm.. kenyang :D

Sue @ Nenie said...

Salam

Kak Hana, wahhhh sedapnya roti kacang merah..antara kegemaran tuuuu

Mama Sara..Sila sila sila..sila jamu mata yaaa...he he he he jgn mareee..gurau2 di petang hari...

Quinnie...betul tu, makan roti time panas2 mamang best, selain lembut bau dia pun wangiiiiii je kan....

Sue @ Nenie said...

Kak As...nanti kismisnya boleh di ganti ngan chip coklat...

Kak Wattie...musle menimbun..ohhh tak rela I....Tapi betul tu, meroti sendiri memang puas makan lagi2 time suam2...2~3 ketul habis pun tak perasan...

Ika...emmmm sedap buat minum petang tu..roti panas+teh o panas kurang manis...wahhhhhh heaven