Thursday, April 12, 2012

Apam Beras

Salam..Apa khabar teman2 kat luar sana..Harap2 semuanya ceria dan gembira selalu..Dah lama rasanya tuan rumah tak buat tayangan kuih-kuih untuk sarapan kan...

Bukan apa, kite kan kerja..Kadang2 tu bila siap je masak, terpaksa kejar sana sini pula siapkan budak2 tu..Lepas tu terus tapau kan untuk masing2 empunya badan...Dah sampai opis, he he he he..paham-paham je lerrrr yaaaa.....Torus Torjun peyuttttt looorrrrr..... ~ Tapi kadang2 kalau line clear, sempat gak snap siket2..Itu pasal gambar2 sini semua Zoom In jeeee..Tarak prop-prop bagai....(Chessss alasan semata-mata, padahal memang tak pandai ambil angle pun)

Okehlah..banyak pula bebelnya kan....So jommm kita zooom kan sarapan tuan rumah tadi pagi, Apam Beras..Aceli dah lama bercita-cita nak wat ni tapi memandangkan proses memerap tu yang buat selalu terbantut..Nak perap malam, kukus pagi kan, takut kuih tu nanti masam pula...Nak perap malam then tunggu sampai 3 jam kan..Pukul berapa pulaaaalah makcik ni nak tidur nanti...

Tapi semalam, agak bernasib baik..Cik Hubby balik awal..So sampai rumah, dah siapkan apa-apa yang patut, terus bancuh...Hampir jam 10 lebih kurang setelah dinner, terus boleh kukus...Dan inilah hasilnya..

Nyum nyum nyum memang sedapppppp....Dah banyak-banyak-banyak bebel nya, sampai hampir terlupa nak ucap terima kasih kat Cha@MyResipi pasal sudi share resipi ni kat sana....Ha ha ha jangan mareee ya Cha...Minta izin copypaste sini pula untuk rujukan masa hadapan....

BAHAN-BAHAN
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula ~Sue skip yang ni
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
PENYEDIAANNYA
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Masukkan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

2 comments:

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

sedap tu sue..,bekas pun cantik

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ros...Sesekali ubah selera kannn....Ha ha ha ha mula2 dulu beli bekas tu dulu utk support cupcake..Tapi sekarang dah boleh buat utk mengapam pula....;)