Assalamualaikum dan salam sejahtera...Setelah beberapa hari negara kita digemparkan dengan berita pencerobohan di Sabah dan insiden-insiden yang meruntum jiwa terutama dengan gugurnya beberapa orang "wira negara" demi mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara kita Malaysia, kini ia sedikit reda dengan tindakan 'mempertahankan diri' yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan Malaysia semalam..Namum masih di dalam situasi berjaga-jaga..
Untuk sahabat2 kita juga warga Sabah yang tinggal di kawasan berdekatan, didoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka dan buat wira-wira negara yang menjadi benteng dibarisan hadapan, didoakan semoga operasi mereka berjalan dengan lancar dan pulang dengan kemenangan dan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing..Aminnnn ya Rabbal Alaminnnn.....
Hari ni tuan rumah tak hidangkan lauk pauk untuk santapan mata seperti biasa tapi nak ajak mereka posing mosing sebelum terjun koli.....
Alaaaaaaa...korang semua mesti dah kenal ngan ikan nikan...Tapi post ni bukan nak tunjuk jenis ikan tapi nak share siket cara yang Sue selalu amalkan untuk menyimpan ikan..Setakat ni alhamdulillah..Memang ikan-ikan tu boleh lah bertahan sehingga hampir dua minggu tanpa menjejaskan rasa...Almaklumlah, Hubby kurang gemar makan ikan tapi bini dia ni lebih rela pilih ikan dari ayam...Cuma klu masak tu terpaksa juga masak ayam sebab nanti klu masak ikan je takde 'orang' makan lah plakkkkk..Sib baik anak-anak suka makan ikan..siap ratah lagi...sukeeeee hati Mama..
Jadi setiap kali pegi pasar / econsave dan terjumpa ikan yang segar-segar dan kebetulan murah, Sue akan beli beberapa ekor untuk stok..Tapi selalu tak akan masak sekali gussss..Masak agak-agak cukup untuk makan jeee...Jadi terpaksa guna cara ni untuk simpan stok agar ia tahan lama..Klu ikut petua abang Sue yang selalu 'ke laut' ~ Dia cakap ikan tu klu nak tahan lama, tak perlu 'siang' , cukup bersihkan macam tu je then tabur garam dan simpan dalam ais/peti.Tapi, Sue lebih selesa bersihkan segala isi perut dan dibersihkan seperti sedia untuk dimasak...
Dan setiap ekornya Sue akan masukkan ke dalam plastik secara individual...Klu jenis keluarga ramai dan masak sekali beberapa ekor, boleh juga masukkan beberapa ekor ke dalam plastik beg sesuai kuantiti untuk masak...Sebab Sue buh sekor-sekor senang nak keluarkan nanti agar ia tidak melekat antara satu sama lain bila dahbeku nanti....So yang akan dinyah bekukan hanya yang nak di masak sahaja tanpa mengusik stok yang lain...Sebab salah satu sebab yang menyebabkan ikan/ayam/daging cepat rosak adalah semasa proses menyehbekukan...
Dan setelah dimasukkan ke dalam plastik beg, masukkan pula ke dalam bekas yang tertutup..klu dapat bekas yang kedap udara lagi bagussss supaya isi ikan/ayam/daging tidak beku kering dan ia menjejaskan rasa...
Tapi biasalah kannnn...lain orang lain caranya...Ini cara Sue dan saja nak share kat sini... ^___^
15 comments:
Samalah ngan akak, husband tak suka sangat makan ikan. Hanya 1,2 jenis ikan je yg di makan. Jadi kita yg sika ikan kena buat macam ni lah.
sue... tq sbb suka kongsi...nnt umi buat mcm ni jugak la
btl tue sue..akk pun sama slalu simpan camtue..:)
sama jugak cara sy...MIL & family ajar...Cam org bekerja ni ha...masa agak terbatas...kalau hari memasak sy akan alihkan dari frozen ke chilled...blk kerja ptg dah tinggal uruskan keje memasak.
TQ 4 sharing
dulu mak akak suka msuk ikantu terus lepas beli nak masak baru potong... tapi akak idakler kena buang belaka dan cuci baruler msk fridge senang nak masak .. kitani kan bekerja...
akak pn suka ikan.. suami pun okay aje.. cuma anak no. 2 je yg memilih sikit bab ikan.. tp baru2 ni nmpkak dia mcm dah blhla juga nak mkn ikan.. kalau idak selera dia mesti nak ayam aje.. tp akak rasa dia dah bertukar jd mcm tu mgkin sbb sejak dah masuk sekolah tahun 1 ni... kat rumah transitnya tu hari2 msk ayam.. gamaknya dah jemu kot hari2 mkn ayam.. pastu kat rumah barulah nak mkn ikan kalau akak msk.. hehe...
re: suji carrot upma tu mmg rasa kuih... ala2 kuih talam lembutnya.. cuma dia jenis savoury... jd takdelah rasa manis.. tp akak suka rasanya tu.. lemak2, masin sikit je.. & ada rasa pedas2 ala2 mkn kuih wadeh..
semenjak kawen dgn hubby barulah pandai makan ikan jenis2 ini...
sebabnya mak tak makan...
singgah sini...
Kak Hazila..betul tu..senang siket..nak masak sekor boleh capai sekor...tak perlu defroze semua utk leraikannya..
Kak Umi..sama-sama, iya memang tahan lama klu guna cara ni sebab ikan yang tak nak dimasak tak perlu defroze beberapa kali...
Kak Zila..senang kan kak..jimat pun jimat masa bila nak memasaknya
Kak Fazian..stuju sangat,,kita yang bekerja ni klu boleh semua benda nak cepat2 jeeeee dan nanti taklah lewat sangat waktu dinner..
Kak Zila...betul...kita yang bekerja ni, bahan mentah kalau boleh selalu kena prepare yang sedia diguna..singkat siket waktu memasaknya..
Kak Madihaa..Anak Sue dulu pun tak berapa boleh makan ikan..pasti diorang m*n**h....Tapi sue start ngan goreng garam kunyit dan suap siket2..Alhamdulillah..lama kelamaan nak gak diorang makan ikan...
Ohhhhh...kiranya ala2 kuih talam berlauklah ni..boleh cuba ni, buat potion kecil dahulu...
Kak Qhafa Nur..Sue memang membesar dengan ikan..maklumlah tinggal dekat ngan laut...Mak Sue pun tak makan ikan2 macam ni, tapi Sue taram jeeee apa2 ikan pun..he he he he
Syukur alhamdulillah... seisi rumah Amie makan semua, tapi kalau ada pilihan sudah tentulah anak-anak lebih suka ayam, tapi Amie biasa lebihkan hidangan ikan dan hanya 2 atau 3 kali seminggu sahaja hidangan ayam... sayangnya di tempat kami susah nak dapat ikan air tawar...bagus tu untuk kulit kita!
as salam..alang2 terjah kite follow terus..;)
tq sbb sudi singgah blog kite..;)
macam best jerk cara yang sue guna. bleh cuba nieh.....
as-salam wani pun tahu ikan ni ada 2 jenis sebab mak bg tau..hi2.. kadang2 jarang jugak makan ikan ni.. bagus gak petua cam ni.. thanks sudi kongsi ..:)
but KA prefer talapia merah hehehe
Post a Comment