Monday, March 18, 2013

Bahulu Batik Mekar Kukus

Assalamualaikum dan salam Sejahtera..Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi masih diberi ruang untuk kembali muncul di sini walau dah memang tahap lembap mengupdate blog..Masih dengan alasan kekangan masa dan aktiviti yang padat..(Ha ha ha ha ha alasan biasa yang muak kedengarannya kerana diulang berkali-kali)..


Haaaaa saje bereksperimen untuk sarapan pagi..rasanya macam dah terlalu lama tuan rumah sini menjamu ngan kuih muih especially apam..Kalau dulu, kejap-kejap apam..kejap-kejap apam..Tak kiralah apa saje jenis apam, asal saja kukus kira apam lah kan.......Eh...Yang ni nak kira apam juga ker? Bolehlah yaaaaa.....Walau tuan punya resipi panggil bahulu....

Mekarrrrr merekah gitewwwww.....Suke I

BAHULU BATIK MEKAR KUKUS
Sumber : Kak Fida @ MyR

  
BAHAN-BAHAN
  • 125 g tepung gandum* (1 cwn + 1 1/2 sb)
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 115 g gula halus (1/2 cwn - 1 sk)
  • 1/2 sk penuh ovallete
  • 4 1/4 sb susu cair
  • 1 biji telur - A
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes) 
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
  2. Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
  3. Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
  4. Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
  5. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
  6. Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

5 comments:

Asyifa Mustaffa said...

mekar sungguh kejadiannya....!

ady said...

as-salam
cantiknye mekarnye..

Wattie said...

Assalamualaikum Sue,
Comelnya apam tu, nampak cute dan lembut sangat, kalau akak makan mesti 2, 3 ketul ni

rahel said...

Memang mekar jer...sedap tu pekena teh panas...

Sue @ Nenie said...

Kak Asyifa & Ady...Sama mekar ngan senyuman tuan dia... ^__^

Kak Wattie...Memang lembut..Tak perasan abis berketul2..

Kak Rahel..Ohhhh, sesuai sangat lah gandingkan ngan teh panas....