Tuesday, March 19, 2013

Telur Bungkus Daging & Cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih pada yang masih sudi bersinggah sini dan kepada yang tinggalkan komen, InsyaAllah, andai ada keizinan dariNya akan Sue jawab dan balas kunjungan...Kepada ynag sudi menjadi follower, terima kasih sekali lagi...

Hari ni nak tayang resipi ringkas2 jeeee....Sebelum ni memang tak konfiden nak main bungkus2 ni, tapi sebab dah teringin, cuba gak..Alhamdulillah...Dapat gak bungkus ngan jayanya....Kali pertama cuba resipi ni, Sue guna daging ayam...Tapi time tu tak sempat nak posing mosing..Dan ni kali kedua, guna daging seperti dalam menu....Tapi skip cheese sebab xde stok...Apa pun ia tetap sedap kat anak tekak ni...

Terima kasih buat Kak Ayu yang memanjangkan resipi ni kat blog bel;iau daripada Noorsha....

TELUR BUNGKUS DAGING & CHEESE
Sumber : Kak Ayu / Noorsha

BAHAN-BAHAN

  • 250gm - 300 gm daging cincang
  • ½ ccn mix vege
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos lada hitam
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato
  • 5 biji cili api @ 2 biji cili merah
  • 1 biji bawang sederhana besar - hiris
  • 2 biji bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2 keping slice cheese @ taburan cheddar cheese secukupnya
  • 6 biji telur
  • sedikit garam
PENYEDIAANNYA

  1. Tumis bawang putih, halia, bawang besar.Bila dah wangi, masukkan cili api yg diketuk @ cili merah yang dihiris.Masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos tomato dan sos cili.
  2. Kemuadian masukkan daging cincang dan kacau.
  3. Bila daging separuh empuk, masukkan mix vege,kacau lagi hingga empuk. Rasa dulu kalau kurang masin boleh tambah garam.Bila dah siap masak tu, ketepikan dulu
  4. Telur dipukul dengan sedikit saja garam dan dadarkan lebar2 atas kuali. kalau ade non stick pan lagi elok...kalau takde atas kuali biase pun boleh. api kecil ye je
  5. Bila sebelah telur dah masak, x perlu terbalikkan untuk masak yg sebelah lagi, di tengah2 telur, letak sekeping slice cheese @ taburkan parutan cheddar cheese secukupnya, pastu curah je daging yg dah dimasak tadi di tengah2 telur &tutup dengan slice cheese yg kedua@ taburan cheddar n lipat jadi segi empat
  6. Telengkupkan kuali atas pinggan, or kalo x yakin, boleh senduk telur dengan sudip, dekatkan pinggan & telungkupkan cepat2 telur kedalam pinggan. good luck!

6 comments:

Gee® said...

Wah! yummy!!

Sue @ Nenie said...

Kak Gee.... ^___^

adda syuhada said...

Waaaa sedapnya...nak tau adda sampai sekarang tak pernah lagi wat telur bungkus ni..tak yakin ngn part bungkus tu..huhuuhu

Mori Said said...

sedappnya tengok telur bungkus nie...

Bbwana adienia said...

rasa terliur nak makan..nyum2..

ady said...

as-salam
wahhh!! mesti sedap..