Wednesday, March 20, 2013

Creamy Pudding

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..

Oh..pejam celik pejam celik dah sampai minggu ke-3 March 2013..Cepat benar rasanya masa berlalu...pantas...Cuti sekolah pun dah hampir menjelma tak berapa hari lagi..Bagi yang merancang percutian bersama keluarga..Selamat bercuti...Dan bagi yang bertugas seperti biasa, selamat menjalankan tugas yang diamanahkan...Tak kiralah tugas di opis mahu pun 'opis sendiri' di home sweet home.... ^___^


Hari ni nak tayang desert yang simple jeeee..Nak sediakan pun mudah dan menggunakan bahan asas yang sememangnya selalu ada di rumah....

Sebenarnya Sue memang sukakan pudding yang bercream macam ni..Tapi selalu potion resipi yang ada untuk satu loyang..Tapi memandangkan rakyat jelata kat rumah ni kurenggggggg siket desert2 ala-ala macam ni, so semangat nak membuatnya lemaulah siket...(Eh alasankan..klu dah malas tu ngaku jelah...Hal potion tu boleh je bahagi kasi setengah / suku adunan)

Tapi bila je jumpa resipi dari Kak Yani MyR ni...Terussssss je rajin nak membuatnya..Simple dan potion pun kecil jeeee....Lagi sedaapppp dimakan setelah semalaman di dalam peti ais.....Berminat ...? Cubalah.... ^____^


CREAMY PUDDING
Sumber : Kak Yani @ MyR

 BAHAN-BAHAN
  • 2 biji telur ( L size )
  • 300ml susu segar
  • 70g gula
  • 3 sudu besar coffee creamer/coffeemate
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
Karamel
  • 50g gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air panas 
PENYEDIAANNYA
  1. Sediakan karamel. Panaskan 50g gula dan 2 sudu besar air sehingga perang. Bila dah perang, padamkn api dan masukkan 2 sudu besar air panas. Kemudian tuang karamel ke dalam pudding cups
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur putih kuning bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
  3. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu dengan api sederhana sehingga suam-suam kuku atau hampir mendidih. Kacau biar gula larut sepenuhnya. Lepas itu masukkan creamer. Kacau sehingga semuanya larut.
  4. Kemudian masukkan 3 ke dalam 2. Kacau rata. Tapis 2-3 kali sehingga tak ada ketulan putih telur. Lepas itu bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam pudding cups yang ada karamel tadi.
  5. Letak air suam ke dalam dulang/ oven plate setinggi 2 cm. Kemudian letakkan pudding cups tadi.
  6. Bakar dalam oven selama 20-25 minit dengan suhu 180 degree. Bila dah masak puding tu masih nampak lembik tapi bila dah sejuk dia akan keras sedikit... so don't worry.
  7. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk.
  8. Puding ini lembik. Tak sesuai utk dipotong. Elok letak dalam bekas kecil-kecil.

     

13 comments:

Sri Love said...

Hi Sue, sihat? Wahhh geramnya tengok love moulds tu...puddingnya wahhhh sedap lor! :)

Chik Mimi said...

nenie cantiknya ramekin ai lap u tu hehhe puding pun mulus je

zila norazila said...

alahaiii sue cute2 tau ramekin tue..nampak sedappp sgt2.:)

rahel said...

Comelnya ramekin tu....puding tu pun nyaman lalu kat tekak...teringin la..

Yana Shaiful said...

~dah lama cr ramekin lap u..huhuu mana nk cr ekss.. cantik.. puding lg cantik..dpt msk tekak nih nyaman jer rs ^__^

fazianbatrisyia said...

nampak sedap tu. Lama tak buat puding yg mengiurkan....Pandai pun tak sebenarnya...ha..ha..ha...

FnF Simple Life said...

sedapnye puding tuuu... salam kenal ;)

Sue @ Nenie said...

Hi Love...Sue sihat-sihat sahaja..Ya ya ya pudding iteww sangat sedappppp especially selepas semalaman di dalam peti ais..Bercreammmmm

Kak Mimi...Menikmati pudding dengan sepenuh jiwaaaa

Kak Zila...Cantik mata memandang sedap plak tekak menikmatinya.. ^__^

Sue @ Nenie said...

Kak Rahel..Memang betul2 nyamannnnn...tak rugi mencubanya

Kak Yana..Sue beli online kay MyR...Tak tau sekarang ada ke tak lagi..Boleh cuba tgk kat website MyR ada ke tak lagi jualan online tu

Kak Fazian..Pudding ni memang senang sangat..InsyaAllah menjadi dan menepati citarasa...

Sue @ Nenie said...

FnF..Salam Berkenalan jugaaaaa

Yana Shaiful said...

ok Sue..nnt k.yana tgk..tq..

Qasey Honey said...

alahai comeiiinya puding dlm bekas tu..sedap dmkn sejuk+ais sikit..hehe..

pssstt cantik la bekas love tu..beli kt mne yer..hehe

Sue @ Nenie said...

Salam...Kak Yana..Sama-sama :)

Kak QH..Beli ngan Kak Yani..Kat MyR online