Thursday, May 23, 2013

Kek Buah Kukus Kak Sheila

Assalamualaikum..

He he he he jangan boring yaaa klu asyik duk ngadap puding ais-krim Oreo jeeee sebab hari ni tuan rumah dah beralih menu...(Hek Elehhhh...orang lain hari2 duk tukar menu baru pun tak kecoh kan...Ni baru seminggu sekali dah kecoh setaman)..Hu hu hu ...... Jangan mereeeee....Dan kepada yang tinggal jejak dan sudi bersinggah sini, Sue ucapkan terima kasih..InsyaAllah ada masa nanti Sue BW sana dan kepada follower2, maaf jika ada yang follow secara private, ada sesetengah tu Sue tak berjaya nak trace (almaklumlah bab2 IT ni kurang mahir gak nak godek sana-sini) ..Bukan tak sudi nak jejak....Apa-apa pun terima kasih atas kesudian kalian.. ^__^

Gambar sememeh sama sememeh ngan kek..Asal sempat sebab pagi2 buta nilah nak potong dan packing untuk dibawa ke kindergarthen Sara & Yaya...
Sebenarnya ni resipi ter'excident'..Eh...baking pun boleh gak ke excident2...Kisahnya...

Semalam semasa lunch hour Sue pegilah ke baking shop untuk dapatkan 'small container' ~(Eh betul ke namanya untuk bekas plastik ynag selalu diorang buh cupcake tu) untuk isikan pudding Ais-krim Oreo sempena 'Jamuan Hari Guru' yang akan diadakan di kindergarten Sara dan Yaya hari ni...Dan kebetulan pula kakak Sue call minta tolong tengokkan harga mix fruit kat kedai bakery tu (masa tu dia pun tak tau Sue dah pun kat kedai tu)..So bila Sue mention jeee yang Sue memang ada kat kedai tu, apa lagi terus di order 1kg mix fruit..Dan bermulalah cerita-cerita berbau promo tentang kesedapan kek buah kukus kak shiela ni...

Dan sebenarnya dah beberapa kali Sue tengok tayangan demi tayangan  kat blog mahupun fb tentang kesedapan kek buah kak shiela ni, tapi memandangkan Sue bukan penggemar kek buah (apa-apa saje kek buah) sebab bagi Sue ia agak manis, so takdelah ambil kisah sangat...Tapi bila dengar promo best gilerrrrr dari kakak so terbuka hati nak membuatnya...Lagi pun boleh buat untuk jamuan Sara dan Yaya sekali...Untuk Sue seketul 2 bolehlah...

 
Jadi apa lagi, terus juga Sue belikan bahan-bahan yang diperlukan...Alaaa bahan-bahan kek ni semua biasa dan sememangnya selalu ada stok kecuali nutmet powder dan mix fruits yang jarang2 ada stok kat rumah ni...

Jadi bila balik ke rumah lepas keja..Apa lagi project bermula dengan menyediakan adunan gula+mix fruits dan sementara nak tunggu sejuk bolehlah Sue uruskan budak2 kat rumah ni dan apa-apa yang patut sehingga 8.30pm untuk memulakan project membaking.....

Dan memang Sue akui..Kek ni memang sangat sedapppppppp....Tak puas makan seketul...Sementelah lagi, untuk kek ni, Sue dah kurangkan 100g gula dan kejadiannya memang betul2 menepati piawaian anak tekak ni..Tak manis sangat....Sukeeee......Terima Kasih Kak Shiela untuk resepi yang superb ni......

KEK BUAH KUKUS
Resipi Asal :  Chef Zubaidah @ Steam Cake ~ Terbitan One publisher
Dipanjangkan :  Kak Shiela @Spice Journey / Kamilia Ibrahim@fb
Rujukan Sue : Kak Umi's Cup Cake


BAHAN-BAHAN
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 340g gula pasir (Sue guna 240g jee)
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug*
  • 1 sudu kecil esen vanila
PENYEDIAANNYA
  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran.Kacau kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Petua supaya kek buah menjadi dengan jayanya.
(Copy dari kak Umi's Cup Cake) ~ Semua pun Sue follow

** Kak Umi kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Kak Umi isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.

**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.

**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur sangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.

23 comments:

Amie said...

tak semua bernasib baik dapat menghasilkan kek kukus buah, terima kasi petuanya tu...

Sweet red cherry said...

sedapnya kek buah tu..bleh mintak 1 pek tak?

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Amie..saya pun 1st time ni buat..dapat je note tu terus follow 100%.Alhamdulillah...berjaya...

Bbwana adienia...Alamakkkkk..klu Q dari tadi pagi mesti dapat se-pek dua...

suryabil said...

Dah buat dah....sedap kan...mmg puas hati...kan..cam nk buat lagi lh tgok kek sue tu...

ady said...

salam
banyak buat kek kukus buah..npk sedap..

EmbunRosaliza said...

Assalam nenie sedapnya kek buah kukus ni, selalu dok beli je.

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam Sue
Akk jg sgt berkenan kek buah k sheila ni he heee dah beli mix fruit cuma masa je
nampk sedap sgt
ini sue dah ckp sedap lg berkobar2 semangatt akk

rahel said...

Dah lama teringin nak buek kek buah kukus ni tp asik terbantut jer...

Sue @ Nenie said...

Salam

Kak Sury-Abil..Sedapppp kan..sekali buat rasa macam nak berkali-kali plak...Nak buat pun sennag cuma time nak ngukus tu jelah kena sabar siket..

Ady..Haaa Ady bila lagi.InsyaAllah puas hati..

Kak Rosaliza..Saya buat ni pun secara tak tersangka-sangka niii...

Sue @ Nenie said...

Kak Sara..Betul sedapppppp, saya pun macam tak percaya boleh terbuat kek ni...Apa lagi, cepat2lah cuba...SEDAPPPPP

Kak Rahel..Haaaa kek ni pasti tak lama lagi akan ada di blog akak...Akak kan rajin buat kek...Lagi pun percayalah kek ni memang InsyaAllah memenuhi selera

zila norazila said...

ramai yg dh cuba buat..akk tggu nk raya nnt haruss dicuba..smua kata sedap..rajin btl sue kan..:)

inahar ali said...

waduh..akak termiss sudaaa kek kukus sue nih..kempunan sehh!

mama sara nur @ Cik Nor said...

Sue, buttermilk akak. Memanggg buat 1 Cawan susu segar campur 1 sudu besar cuka
biar 10 minit jdlah buttermilk

Mamasya said...

Aslmkum Sue
ramai dah buat kek buah kukus ni....nampakpun sedap.akk dah masuk senarai entah bila nak mencuba...
re; tkasih Sue wish bday utk my boys.

Mieza said...

Sue..akak pun buat kek buah juga...tapi versi bakar..malas nak kukus sebab pengukus akak kecik huhu..tp versi kukus lg moist kan..

yan's cottage said...

salam Sue.....

nampak sedap lah Sue....tq kongsi resepi nie....

umi's cup cake said...

Assalamualaikum sue,
akak baca kat fb sampai lupa nak komen sini...terima kasih sbb cuba..sahring is caringkan...nant buat lagi ya...

fazianbatrisyia said...

sedapnya kek buah...kegemaran sy & hb.

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Zila..emmm memang sesuai utk raya sebab kek ni boleh simpan lama..kukus 1~2 hari awal sebelum raya than hari2 menjelang raya boleh tumpukan utk masak lauk pauk pula kannn...

Kak Ina..He he he h he...takpe, nanti raya InsyaAllah kita tayang lagiii

Kak Sara..Ooooo..ic..so akak buat sendiri jugalah yaaa buttermilk tu..thanks for info

Sue @ Nenie said...

Kak Mamasya...Sama-sama...InsyaAllah..tak lama lagi tu adalah tu tayangang dari Cairo pula.

Kak Mieza..selepas mencuba kek buah ni, saya pun teringin nak cuba kek buah versi bakar pula...

Yan...sama-sama...Terima kasih juga kat kak shiela yang promo kek ni... ^___^

Sue @ Nenie said...

Kak Umi...its ok....tulah..bila sekali cuba terasa nak buat lagi especially dah dekat2 nak raya niii...

Fazian...Haaa klu macam tu, sesuailah nak mencuba ni..InsyaAllah kena ngan selerakan....

dZana said...

aslmkum sue..dtg melawat dapur sue.. lama akak tak singgah, fav akk kek kukus buah ni, dah beli jugak bhn2nya tpi kene tunggu tukar tong gas baru, baru la confiden nak mengukus lama2..

Qasey Honey said...

hisss x aci ni..dh buat dlu...jeles tgk kek yg sedap tu..