Thursday, July 11, 2013

Kari Ayam Pekat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah selamat menyempurnakan ibadah puasa hari pertama...Dan untuk hari pertama berbuka, sempat gak merempit untuk hidangan berbuka yang serba ringkas....

Untuk sebulan puasa ni, bos kasi kelonggaran untuk balik 5.00pm..Jadi, setelah aktiviti mengutip anak-anak dari pusat jagaan dan rumah 'nenek' dan 'ibu' masing-masing, sampai kat rumah lebih kurang 6.15pm...Dan itulah saja masa yang ada untuk menyediakan hidangan berbuka..

Dan seperti selalu, Sue jarang berbuka dengan kuih muih..pasti cari nasi juga...Sebab itu Sue jarang pergi ke pasar Ramadhan..Lebih-lebih lagi dari pengalaman lepas2, kadang-kadang lauk yang dibeli hampir basi dan tidak mengikut piawaian anak tekak...Dan selalu kalau beli lauk, Sue hanya beli satu atau 2 jenis sahaja bersama satu sayur..habis, kalau lauk yang dibeli dah basi...nak berbuka ngan apakan...Jadi buat masa sekarang Sue lebih selesa masak sendiri..Biar simple dan ringkas tapi puas hati bukan bersedih hati.....Tapi kalau penat atau malas pun beli jugaaaaa sesekali...Sebab kadang2 masa puasa nilah kita boleh jumpa beberapa masakan yang jarang dijumpai di hari biasa..Cuma lebih berhati-hati..

Dan semalam, masa berblogwalking kat blog kawan-kawan tetiba hati tertarik ngan Kari Ayan Pekat dari dapur Kak Amie..Sementelah penyediaannya yang ringkas, terus salin resipi dan memang kebetulan semalam plan nak masak ayam (dah siap2 turunkan ayam dari freeze ke) cuma tak tau nak masak yang macamana...

Photo...? Macam biasa memang cacamarba sebab hanya ada 5 min nak snap untuk diabadikan resipinya kat blog ni...Anak-anak dan sibuk2 hulur pinggan Azan pun bila-bila masa je ni nak berkumandang.....

KARI AYAM PEKAT
Sumber Rujukan : Kak Amie Little Kitchen

BAHAN-BAHAN
  • 10 ketul daging ayam
  • 6 sudu makan serbuk rempah kari ayam / daging
  • 2 biji tomato - cincang
  • 2 biji kentang - belah 2
  • 200ml susu cair
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 3 pelepah daun kari - lurutkan, 2 pelepah digoreng hingga layu dan keluarkan dari kuali, toskan & ketepikan
  • 1 cawan air
  • minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumisan:
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2cm halia - hiris halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan hingga wangi.
  2. Perlahankan api, dan masukkan  tomato cincang serta serbuk rempah kari  dan 1 pelepah daun kari (lurutkan). Tambahkan sedikit air. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan daging ayam, & kentang. Biarkan seketika sehingga air ayam keluar.
  4. Masukkan 1 cawan air dan masak daging ayam sehingga hampir empuk.
  5. Masukkan susu cair dan perlahankan api supaya terbit minyak.
  6. Setelah daging ayam masak, perasakan dengan garam dan gula serta masukkan jus limau nipis. Kacau seketika supaya sebati. 
  7. Taburkan daun kari yang telag digoreng tadi di atas masakan.
  8. Tutup api dapur.

3 comments:

JaSSNaNi said...

sedapnya kari ayam... memang kalau amie terkenal dengan masakan yang best2 belaka... kan kan.. :) seronok masuk blog amie..

Lyza said...

Assalammualaikum sue...kak liza dtg sekodeng nie..hehe. Uihhh..sedap kari tu..mmg menyelerakan. Selamat berpuasa & menyambut bulan ramadan buat sue n famili..

hazila said...

Selamat berpuasa buat sue sekeluarga. Akak pun masak kari masa hari pertama puasa. So boleh makan dengan roti masa bersahur.