Friday, September 13, 2013

Bingka Durian

Assalamualaikum....

Bersempena musim doyan ni apa kata kita pelbagaikan hidangan doyan kitaaaa......Kalau ikut resipi asal takde pun taburan kekacang tu bagai, tapi sebab nak perabihkan stok kekacang yang ada, so main tabur jeeee..Tapi tak sangka plak memang bertambah sedappppp.....Sambil menikmati lemak2 dan manis doyan tu, mulut pula tak berhenti-henti tergigit kekacang yang bertaburan...wahhhhhhh bayangkan......Nikmat tak terkata.....

BINGKA DURIAN
Sumber  : Tempting Kueh By Chef Azimah (One Publishing)

BAHAN-BAHAN
  • 5 biji telur
  • 400 gm gula pasir
  • 350gm tepung gandum
  • 700 ml santan (1½ biji kelapa)
  • 250 gm isi durian
  • 1 tsp esen durian
  • ½ tsp garam
  • 50 gm mentega
  • Pewarna kuning
PENYEDIAANNYA
  1.  Isi durian dikisar dengan sedikit santan.Kacau rata semua bahan kecuali mentega.
  2. Kacau di atas api sehingga agak pekat dan tambah mentega.
  3. Tuang ke dalam loyang bentuk bujur yang dialas foil dan sapu mentega.
  4. Bakar selama 1 jam dengan kepanasan 180C

2 comments:

Bbwana adienia said...

sedapnya makan bingka durian..

fazianbatrisyia said...

wah...sedapnya...rasa ingin nak cuba. tgk la kalau stok durian frozen tu elok lg kalau rajin boleh buat