Thursday, September 12, 2013

Taiwanese Longan Walnut Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Cakkkkk...tenggelam timbul tenggelam timbul tuan rumah sekarang...Lama betul tak buat muffin/cupcake, sudahnya terasa payah dan rumit benar...Sampaikan nak sudukan aduanan ke dalam papercup pun dah terkial-kial..kalau sebelum ni, main guna scoop eskrem jeee..zup zup zup dah sedia dibakar tapi kali ni terasa macam susah bebenor..dari scoop eskrem bertukar guna sudu...


Itu satu hal...Dah tu macam tak berapa pastilah plak takat mana nak buh adunan..Sebab adunan yang diperolihi agak pekat, so buhlah 3/4 dari ketinggian paper cup tu..Sudahnya, tak sangka pula muffin ni naik lebih dari 2 kali ganda, (mungkin kahadiran vitagen sedikit sebanyak membantu mengaktifkan bahan penaik)...Last-last habis lantai oven bersememeh ngan limpahan muffin pastu yang tak tahannnya sisa-sisa limpahan tersebut hangus especially yang jatuh betul2 atas rod pemanas tu...Haiiii bau asaplah muffin yang ada..nak buka oven untuk keluarkan sisa2 tu takut nanti muffin ranap plak...so tahan rasa jelah....hu hu hu hu....

Ni semua gara-gara redah rumah Kak Amielah ni..terserempak ngan resipi ni..Nampak kek Kak Amie,punyalah moist...terus terguda dan teringin nak mencubanya...So apa lagi..teruskanlah misi mencari dried longan...Awalnya rasa macam nak ngelat je guna longan dalam tin tu tapi bila tengok cara lembutkan dried longan tu guna vitagen, terus batalkan niat serong tersebut...Takut nanti termiss sesuatu yang istimewa dari muffin ni..lagi pun longan dalam tinkan berat..takut pula nanti ia mendap ke bawah....
Dan satu lagi....Awalnya macam nak buat setengah adunan jeee, so rendamlah 1/2 je sukatan dried longan dan vitagen tu..mana tahu, bila nak buat tu tiba-tiba berubah fikiran nak buat 1 adunan, nak tambah 1/2 lagi sukatan longannya sudah terlambat sebab untuk lembutkannya pun dah guna semalaman....So jadilah muffin Sue kurang padat ngan taburan longannya....

Tapi apa pun cerita dan kejadian di sebalik tabir, tak dapat Sue gambarkan disini yang Muffin ni memang sedapppppp dan menepati citarasa..Apatah lagi semasa tergigit longan yang kenyal2 manis2 tu dan bertambah sedap dengan kehadiran kacang walnut yang rangup dan lemak-lemak...Tambahan struktur muffin yang Sue perolihi sangat lembut dan ringan...InsyaAllah ada masa nak buat lagi dan teringin nak tengok hasilnya dengan sukatan penuh longan..

TAIWANESE LONGAN WALNUT MUFFIN

 
BAHAN-BAHAN
  • 70 gram kuning telur
  • 105 gram putih telur
  • 200 gram gula kastor
  • 225 gram tepung top / tepung superfine
  • 5 gram soda bikarbonat
  • 7 gram perasa longan
  • 300 gram minyak jagung - Amie kurangkan kepada 250 gram
  • 10 gram susu UHT
  • 150 gram isi longan taiwan - longan kering saiz kecil
  • 150 gram vitagen - Amie gunakan perasa oren 50 gram cincangan kacang walnut
Isi longan taiwan yang kering hendaklah direndam dengan vitagen semalaman.
PENYEDIAANNYA
  1. Putar kuning telur, diikuti dengan putih telur dan gula kastor. Teruskan memutar selama 5 minit sehingga pekat.
  2. Masukkan soda bikarbonat, diikuti dengan tepung top atau tepung superfine, perasa longan, susu UHT dan minyak jagung. Putar dengan kelajuan rendah selama 2 minit atau semua bahan tergaul rata.
  3. Masukkan isi longan yang direndam dengan vitagen dan gaul dengan spatula.
  4. Tuang adunan ke dalam papercup.Taburkan cincangan walnut di atas adunan.
  5. Bakar pada suhu 170'C (atau ikut kepanasan oven masing-masing) selama 30-25 minit atau sehingga masak.

4 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Rasa nak amik jer satu cup kek tu .... sedapnya :D

Sue @ Nenie said...

Salam...Kak Nur Hayati..muffin ni memang sedap.Ada istimewa dan kelainannya..maybe dengan kehadiran dried longan....Dan bayangkan..klulah semua yang terpapar di screen boleh dibuat capaian...heavenkan...silalah satuuuuuu....he he he he he

ady said...

salam
wow npk sedap..nak satu blhhhh...
░░░░░░░░░░░░▄▄
░░░░░░░░░░░█░░█
░░░░░░░░░░░█░░█
░░░░░░░░░░█░░░█
░░░░░░░░░█░░░░█
███████▄▄█░░░░░██████▄
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
▓▓▓▓▓▓█████░░░░░░░░░█
██████▀░░░░▀▀██████▀

Amie said...

Saya ingat lagi masa belajar buat ni... bawa pulang hasilnya tapi tak puas makan, terus buat di rumah... malas nak guna cawan terus buat dalam loyang, sedapnya tak terhingga... sampai lupa nak ambil gambar. Buat adunan penuh Sue, sedap!