Monday, November 18, 2013

Strawberry & Chocolate Snow Cheese Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Lagi paparan kuih yang dibawa anak untuk jamuan akhir tahun kat tadikanya..Simple-simple jeeee sebab dah kering idea tak tahu nak buat kuih apa...

STRAWBERRY & CHOCOLATE SNOW CHEESE CAKE
Sumber/idea : Kak Nor@SecubitGaram

KEK SPAN
Sumber : sweet4ever@Myresipi

Bahan-bahan
  • 150 gm tepong super fine
  • 150 gram gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 15 ml ovalette - bersamaan 1 sudu besar
  • 80 ml air daun pandan ~ Sue gantikan ngan susu segar
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 5 ml / 1 s.teh pes pandan ~ Sue gantikan ngan perasa strawberi & coklat emulco
  • 5 ml / 1 s.teh serbuk penaik 
Penyediaannya
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian.Satu di masukkan strawberry emulco dan satu bahagian lagi di masukkan coklat emulco.
  5. sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 20inch, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  6. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis
TOPPING
Bahan-Bahan untuk krim
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 2 - 3 sudu besar mentega
  • 1/3 cawan susu pekat manis
Penyediaannya
  1. Satukan cream cheese dgn mentega dan putar hingga gebu (tidak berketul)
  2. Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.
topping:
  • keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar
Penyediaannya
  1. parut halus keju cheddar dan ketepikan.
Cara assemble/hias kek:
  1. Sapukan krim cheese di atas kek yg berperisa coklat dan letakkan kek yg berperisa strawberry di atasnya.
  2. Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  3. Taburkan keju yangg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  4. Boleh la dihias mengikut citasara masing2.
  5. Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.

4 comments:

fazianbatrisyia said...

ye la sy pon tak tau nak bawak apa utk tadika anak

LiNa_Pg said...

Kek yg tengah meletop skrg ni..

Bbwana adienia said...

wow..idea yang best..mesti sedap makan kek ni kan sebab ada 2 flavour..makan lagi dengan chez memang layan habis la..

Amie said...

Simple tapi menjilat jari ni Sue... saya kalau sorang2 ni boleh habis setengah loyang ha hahaha hantu cheese!