Saturday, April 26, 2014

Gulai Ayam Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama juga tidak menggulai..kebetulan kat esbox berbaki ketulan-ketulan ayam bertulang bercampur

leher dan kaki...Takde idea nak masak apa, buat gulailah, sedap juga bila lama-lama tak makan ni...Selalunya kalau ada lebihan ketulan ayam bertulang macam ni Sue buat sup jee...tapi kalau selalu buat sup pun boring gak...sesekali ubah selera apa salahnya....


Resipi simple macam biasa main campak-campak sesedap rasa jeeee....Yang penting ada rempah gulai dan rempah masak cap bunga ros yang diimport khas dari Terengganu..Baru project boleh jalan.Rebus lama-lama siket sebelum masukkan santan...Bila masak, isi ayam pun peroiiii je ngan tulang...Ratah-ratah boleh leka dibuatnya

GULAI AYAM TERENGGANU

Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • ½ ekor ayam ~ potong sederhana dan bersihkan
  • 2 sb kerisik
  • 4 cwn air
  • ½ cwn air asam jawa
  • 2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
  • 100 ml cawan santan pekat dalam kotak
  • garam secukup rasa
  • nisan secukupnya
  • minyak
Pes Rempah ~ Dibancug dengan sedikit air sehingga menjadi pes
  • 2 sb rempah gulai cap bunga ros
  • 1 sb rempah masak cap bunga ros
Bahan-bahan blend
  • 20 tangkai cili kering ~ direbus sehingga lembut/masak dan toskan
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • 1/4 in lengkuas
  • 1 inch kunyit
Bahan penumis
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 5 kelopak bunga lawang
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan penumis sehingga wangi.kemudian masukkan bahan blend..Tumis sehingga wangi dan pecah minyak dengan api perlahan.
  2. Masukkan pes rempah dan kacau sebati.Biarkan sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau..Biarkan seketika dengan api yang perlahan sehingga rempah meresap ke isi ayam
  4. Masukkan air secukupnya dan masak dengan api sederhana.Apabila ayam hampir empuk, masukkan ubi kentang dan masak sehingga ayam dan ubi kentang empuk.
  5. Masukkan santan, air asam jawa dan kerisik..Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit nisan untuk balancekan rasa.
  6. Biarkan sehingga mendidih sambil terus mengacau dengan cara mencedok dan di tuang semula dari dan ketengah bahagian periuk supaya gulai tidak pecah minyak.
  7. Sedia untuk di hidang
Note
Gulai hendaklah selalu dicedok dan di tuang semula dari dan ke bahagian tengah periuk dengan menggunakan senduk.Cara ini dapat mengelakkan santan dari pecah minyak
Jika pecah minyak, tambah sedikit lagi santan dan garam dan terus ulang proses cedok dan tuang ini

No comments: