Monday, December 7, 2009

Nasi Pandan Serai Wangi

Resipi nasi ni ambik dari rancangan tv mase bulan Ramadhan yang lalu...Disebabkan time tu Sue tengah berpantang, jadi banyak masalah sikit nak ngadap tv..Keh keh keh...

Dah cuba...Sedaplah kat anak tekak ni...Baunya pun wangiii, pasal guna air daun pandan kan...Takut lupa, buh resipinya kat sini untuk rujukan dimasa hadapan..

BAHAN-A (Diblend dan tapis airnya)
  • 2 batang serai
  • 5 helai daun pandan
  • 4 cm halia
  • Air secukupnya
BAHAN-B
  • 2 sb minyak jagung
  • 3 ulas bawang merah (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 100g udang segar (dibuang kulitnya)
  • 2 cawan/pot beras (dibersih dan toskan)
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan kacang kuda (direndam semalaman dan direbus sehingga empuk)
  • 1/2 sk garam (secukupnya)

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak jagung.Tumis Bawang merah,bawang putih,Kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang sehingga bawang layu dan terbit bau.Masukkan udang.
  2. Masukkan kacang kuda.Kacau sebati.
  3. Masukkan air tapisan dari 'BAHAN A' dan susu segar.Kacau sebati.Masukkan sedikit garam.
  4. Masukkan beras.
  5. Masak nasi macam biasa...Sedia dihidang...

No comments: