Tuesday, December 8, 2009

Puding Soya Bean

Ni pula resipi nak perabih fruit koktel in syrup lebihan buat Puding karemel itu hari...Resipi ni lagi amat ringkas tetapi hasilnya memang sedapppp...Lagi-lagi lepas keluar peti aissss...Memanggggg nyaman....Resipi asal dari Kak Fida yang amat kreatif mempelbagaikan menu kat MYR nunnnn di sana...

BAHAN-BAHAN
  • 1 ltr air kacang soya (1 kotak)
  • 2 1/2 sk agar2 serbuk (kalau ingin lebih keras bubuh 1 peket sekali)
Bahan tambahan :-
  • Buah2an dlm tin ikut selera atau
  • Secukup air gula/melaka

PENYEDIAANNYA
  1. Masak air soya bersama serbuk agar2 hingga larut dan mendidih sedikit.Matikan api.
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk2 kecil atau bekas yg lebih besar dan sejukkan.Simpan di dalam peti ais.
  3. Ketika menghidang,bubuh buah2an pilihan bersama jusnya sekali.Jika menggunakan bekas yg besar,cedok/potong puding ke dlm mangkuk2 kecil dan bubuh buah2an dan jus di atasnya.
  4. Puding soya juga enak dimakan bersama air gula sahaja seakan2 tau fu fah...

No comments: