Wednesday, December 9, 2009

Nasi Minyak

Kalau kat kg. di Trg, tak yah penat-penat nak masak sendiri nasi minyak ni pasal kat sana tak yah tunggu musim kahwin, setiap pagi pun diorang ada jual nasi minyak ni...Mula-mula kahwin dulu Cik Hubby pun rasa pelik bila kitorang sarapan ngan nasi minyak..kih kih kih...Tapi sekarang bila balik kg. nasi ni lah yang dia cari setiap pagi...Kat sana nasi minyak biasanya dimakan ngan gulai ayam (bukan kari ayam tau) dan guna rempah gulai khas yang ada jual kat Trg. je rasanya...

Oklah...kali ni kite terpaksa buat sendiri nasi minyaknya tapi dah ditokok tambah ngan gajus juga kismis...Tambah harga sikitttt...

BAHAN-BAHAN
  • 2~3 pot Beras
  • 1 sb minyak masak
  • 1 sb minyak sapi
  • 1 sb marjerine
  • 1/2 tin susu sejat/cair
  • garam secukup rasa
  • daun pandan
Bahan tumisan
  • 1 labu bawang (dimesin)
  • 3 ulas bawang putih (dimesin)
  • 1/2 inch halia (diketuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • sedikit cengkih (optional)
Untuk hiasan
  • kismis
  • gajus
  • bawang goreng (optional)

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak masak, minyak sapi dan marjerine.Tumis bahan-bahan kisar.
  2. Masukkan sedikit air dan susu cair juga sedikit garam.Kacau sebati.
  3. Masukkan beras, gajus dan daun pandan.
  4. Masak macam biasa.
  5. Apabila nasi sudah kering, tabur kismis di atasnya.
  6. Bila nasi betul-betul masak, kacau sedikit kasi kismis bercampur dalam nasi.Sedia dihidang.Taburkan sedikit bawang goreng di atas nasi.

No comments: