Wednesday, January 20, 2010

Ayam Masak bersos cili bawang putih

Lauk dinner semalam...Masak simple² je pasal rasa cam tak sihat sangat...Itu pun pagi semalam hampir² cam nak MC...Tapi bila rasa cam masih boleh bertahan, so gi kerjalah..Lagi pun kerja tgh tak banyak sangat sekarang....Haiiiii bilalah project nak kembali melambak² cam dulu...

Oklah, tak nak cerita panjang..Jom zoom dulu resipi simple ni...

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm ayam (dipotong kepada beberapa kepingan kecil)
  • 1/2 cwn air
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
Bahan-A (dipotong kecil)
  • 1 cm halia
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
Bahan-bahan Sos
  • 1/2 s.teh sos lea&Perrins
  • 1 sb sos cili bawang putih
  • 1 s.teh gula
  • 1 s.teh minyak bijan
  • 1 s.teh kicap cair
  • a s.teh kicap pekat
PENYEDIAANNYA
  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Goreng separuh masak.Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-A sehingga wangi
  3. Masukkan bahan sos, kepingan ayam dan air.Goreng sehingga ayam masak.
  4. Hiaskan dengan sedikit daun bawang (tak buh,xde stok).Sedia dihidang..

Gandingkan hidangan nasi n ayam masak bersos cili lada putih ngan sayur tauge ni juga

2 comments:

blogresipi.com said...

Salam Kak Sue,
Baru 2 hari kite tak sempat datang, dah berderet menu best2 akak kite terlepas. Akak tak sihat ke? hopefully cepat2 baik ye.... cedappnye nampak ayam tu..lagi satu ikan 3 rasa kat bawah sinun mengancam sungguh!

Sue @ Nenie said...

Salam Ijan,
Bkn tak sihat apa, cuma pening kepala sikit...now dah Ok..

Ikan 3rasa tu akak suka..ambil resipi kat mesra.net..klu menurut tuan punya resipi tu dia kata ni resipi pemes kat restnya kt Ampang KL..Cuma bah sukatan sos dia tak bagi..so terpaksalah main agak²...